16 Ogos - Kesibukannya dengan kerja-kerja pengarahan dan lakonan membuatkan aktor Aamir Khan jarang sekali berada di rumah. Namun, isterinya Kiran Rao langsung tidak kisah kerana Aamir Khan akan tetap cuba mencuri masa untuk menumpukan perhatian terhadap anak mereka, Azad Rao Khan.
"Apabila Aamir pulang ke rumah pada waktu malam, dia akan tukarkan lampin Azad. Kalau Azad bangun atau terjaga, dia akan bagi susu. Pendek kata, dia betul-betul berusaha menjadi seorang bapa yang baik," kata Kiran Rao yang ditemui pada pelancaran filem "Dhobi Ghat" baru-baru ini.
Kiran juga memberitahu, mereka kini dalam perancangan untuk bercuti ke Amerika Syarikat semalam 3 bulan pada 3 Ogos 2012 nanti.
"Kebetulan Aamir terlibat dengan penggambaran filem "Dhoom 3". Jadi, terlanjur sudah berada di sana, kami akhirnya membuat keputusan untuk terus bercuti. Bagus juga untuk kami kerana kalau hendak diikutkan sudah lama kami tidak berpeluang untuk bercuti ke mana-mana," katanya.
Ditanya apakah dia berasa tertekan menjadi isteri kepada seorang bintang terkemuka dunia, Kiran Rao berkata, dia sama sekali tidak berasakannya.


