14 Jun – Aktor terkenal Aaron Aziz dihentam oleh peminat-peminatnya sendiri gara-gara memuji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Panglima Hishammuddin bin Tun Hussein menerusi laman Twitter peribadi pelakon itu.
Pujian daripada Aaron Aziz itu dilihat seperti 'membodek' Datuk Seri Panglima Hishammuddin bagi mempercepatkan proses mendapatkan status penduduk tetap yang dipohonnya.
Pada hakikatnya, Aaron sebenarnya terpilih untuk terlibat dalam satu kempen untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat sebagai mangsa perhambaan.
Hishamuddin yang tertarik dengan kempen tersebut telah mengenengahkan perkara tersebut untuk diberi perhatian untuk tindakan selanjut.
Hishamuddin turut dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan beberapa selebriti seperti Aaron dan isteri, Diyana Halik bagi membantu dalam mengutip derma bagi mengisi tabung kempen berkenaan sebgai dana sebuah pusat perlindungan yang berunsur keagamaan.


