Adakah anda Betty atau Veronica?

11 Mac – Jenama mekap terkenal, M.A.C. kini memperkenalkan gadis-gadis idaman popular dari dunia komik Archie, iaitu Betty Cooper dan Veronica Lodge. Nampaknya koleksi terbaru dari M.A.C yang dipamerkan di seluruh Malaysia pada kali ini amat menarik sekali dan anda pasti sukar membuat pilihan dari mekapnya yang pelbagai.

Barangan solekan yang boleh didapati termasuklah pembayang mata, gincu bibir, bedak padat, pemerah pipi dan macam-macam lagi. Apa yang menarik mengenai barangan M.A.C yang berkonsepkan Betty dan Veronica ini adalah gaya mekapnya yang ala zaman 50an dan 60an mengikut zaman dalam komik Archie.

Jika anda tidak dapat membuat pilihan, apa kata anda mengenal pasti dahulu sama ada anda adalah Betty ataupun Veronica?

BETTY
Jika anda meminati sukan, memasak dan mereka pakaian sendiri, anda memang seseorang yang seperti Betty! Wanita yang berada dalam kategori ini selalunya merupakan seorang individu yang bukan sahaja berdikari dan pintar; malah dia juga gemar memelihara haiwan, alam sekitar serta mengambil berat tentang isu-isu sosial.

Koleksi Betty kebanyakannya bertumpukan kepada warna merah jambu dan pic yang cerah.

VERONICA
Veronica pula gadis yang kaya-raya dan suka dimanjakan. Seseorang yang berkeyakinan tinggi dan berpersonaliti garang sering dikaitkan dengan Veronica. Selain dikenali sebagai anak orang kaya yang bersikap sombong, Veronica juga pintar, terutamanya dalam bidang Ekonomi!

Koleksi yang banyak mengikuti perwatakan dan gaya Veronica Lodge ini banyak bertumpukan kepada mekap yang berwarna merah gelap dan ungu.

  • Macaron atau Macaroon?
    Armani Shahrin - Tupai
    Macaron atau Macaroon? 16 hours ago
    Macaron atau Macaroon?

    Tiba masanya untuk mengetahui perbezaan di antara Macaron dan Macaroon.

  • Aiskrim untuk sarapan pagi?
    Armani Shahrin - Tupai
    Aiskrim untuk sarapan pagi? 16 hours ago
    Aiskrim untuk sarapan pagi?

    Nikmatilah sarapan pagi yang sihat tetapi enak dengan kreatif.

  • Maskara kekal selama 72 jam
    Siti Munawirah Mustaffa - Tupai
    Maskara kekal selama 72 jam Sun, May 19, 2013 10:26 AM MYT
    Maskara kekal selama 72 jam

    Maskara yang diperbuat dengan menggunakan teknologi 'PermaHold' ini boleh kekal di bulu mata selama 72 jam.

  • CBS pulls 'Mike & Molly' finale with tornado storyline from air
    CBS pulls 'Mike & Molly' finale with tornado storyline from air

    LOS ANGELES (Reuters) - CBS said on Monday that the network will delay airing the season finale of sitcom "Mike & Molly" in the aftermath of the Oklahoma tornados, due to similarities between the events and the episode's storyline. "Due to the tragic events this afternoon in Oklahoma, we are pre-empting tonight's season finale of 'Mike & Molly,' which has a related storyline," a CBS spokesperson said in a statement. The spokesperson told Reuters that the season 3 finale featured a tornado. ...

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.