5 Okt – Setelah hubungan percintaan di antara Aliff dan juga Anne Ngasri kandas ditengah jalan, muncul pula nama Adira yang dikatakan penyebab kepada hubungan mereka putus.
Apabila ditanya sendiri kepada Anne Ngasri adakah hubungan ini putus berpunca daripada orang ketiga, Anne pantas menyangkal dakwaan tersebut.
"Hubungan kami sudah putus namun bukan disebabkan orang ketiga, anggap sahaja tiada jodoh di antara kami. " Ujar Anne Ngasri.
Menurut laporan daripada sebuah portal hiburan tempatan berlainan pula apabila mengatakan hubungan mereka dikatakan retak kerana Aliff bermain kayu tiga.
Aliff dan Anne mula menyulam kasih selepas mereka digandingkan bersama dalam sebuah drama tempatan.
Walaubagaimanapu, desas – desus mengatakana Adira masih bersama AG Coco adalah tidak benar, mereka telah putus dan kini Aliff Aziz menjadi penyelamat.


