Ahmad Idham bela nasib Mat Rempit

25 Okt – Pengarah tempatan, Ahmad Idham, menjelaskan bahawa filem komedi terbaru beliau, "Apa Celop Toqq", bertujuan untuk menggambarkan sifat positif Mat Rempit yang juga mengejar impian dan boleh menjadi individu berguna dalam memberi sumbangan kepada masyarakat.

"Sebab saya menghasilkan "Apa Celop Toqq" adalah untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap kumpulan ini, yang seringkali dilihat sebagai pengundang masalah dalam masyarakat. Saya ingin berjuang untuk mereka. Saya nak beritahu semua orang yang asalkan kami beri mereka peluang dan ruang, saya percaya mereka juga boleh berjaya dengan impian mereka dan boleh menyumbang kepada negara," jelas beliau.

Sejak tahun 2006, pengarah kelahiran Alor Setar ini sememangnya terkenal dengan filem yang mengetengahkan cerita pelumba haram seperti "Remp-It", "Adnan Sempit" serta "Hantu Bonceng" yang dibintangi oleh pelawak terkenal Zizan Razak dan berjaya mendapat kutipan besar pada tahun 2011.

"Setiap tahun saya cuba membuat filem yang mengisahkan tentang Mat Rempit. Pada pendapat saya, seseorang harus menunjukkan sifat positif mereka kepada umum. Mereka ini sama sahaja seperti orang lain. Mereka juga ada impian," kata Ahmad Idham lagi.

"Apa Celop Toqq" dibintangi oleh juara rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), Hazama Azmi yang memegang watak utama. Walaupun ini merupakan filem pertamanya, namun lakonan Hazama mendapat pujian daripada Ahmad Idham.

"Hazama mempunyai potensi besar untuk menjadi orang kuat dalam industri perfileman di sini. Kita perlukan lebih ramai orang baru sepertinya. Dalam filem ini, beliau berjaya berikan yang terbaik dalam menghidupkan wataknya. Saya berpuas hati dengan persembahannya walaupun dia masih lagi orang baru."

Sementara itu, Hazama yang selaku teraju utama filem ini berkata bahawa beliau ingin memberi lebih fokus terhadap kariernya sebagai penyanyi daripada bidang lakonan buat masa ini.

"Bagi saya, muzik masih lagi menjadi keutamaan dalam kerjaya saya. Tetapi, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berlakon dalam filem arahan Ahmad Idham. Ianya sebuah penghormatan buat saya," kata Hazama, yang bakal muncul dalam sebuah lagi filem terbaru Ahmad Idham yang berjudul "Lari".

"Apa Celop Toqq" berkisar tentang Hazama, iaitu seorang penunggang motosikal dan Mat Rempit yang mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi dengan pertolongan kawan baiknya, Tapai setelah berjumpa dengan komposer terkenal.

Turut dibintangi oleh Taiyuddin Bakar, Azad Jazmin, Intan Ladyana dan Elly Feliziana, filem komedi aksi terbitan Excellent Pictures ini bakal menemui penonton pada Hari Raya Haji tidak lama lagi iaitu pada 25 Oktober.

  • HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut
    Armani Shahrin - Tupai
    HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut 15 hours ago
    HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut

    Trend mewarna rambut dengan 'hair chalk' semakin popular dan senang dilakukan.

  • Rooney Mara muka baru Calvin Klein
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Rooney Mara muka baru Calvin Klein Fri, May 24, 2013 11:11 AM MYT
    Rooney Mara muka baru Calvin Klein

    Pelakon Rooney Mara sekali kerja lagi bersama David Fincher untuk iklan minyak wangi Calvin Klein terbaru.

  • Cherry blossom ice cream
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Cherry blossom ice cream Thu, May 23, 2013 5:33 PM MYT
    Cherry blossom ice cream

    It is almost the end of Japan's enviable cherry blossom season, which means there will be no more cherry blossom-related products available at your nearby Japan-themed stores like 100 Yen. But if you hurry you might be able to taste some of the unique cherry blossom treats in Malaysia. One of the yummiest treats with the theme is the cherry-blossom ice cream in Kuala Lumpur's Corus Hotel. Komura's Cherry Blossom ice cream.

  • Top chefs say Latin America will reach food's zenith
    Carola Sole - AFP News
    Top chefs say Latin America will reach food's zenith 5 hours ago
    Top chefs say Latin America will reach food's zenith

    The world's top chefs say it's only a matter of time before Latin America, home to Brazil's black bean stew "feijoada," Peru's refreshing raw fish "ceviche" and Mexico's street tacos, cooks its way into gastronomy's elite.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Kebaikan epal hijau
    Kebaikan epal hijau

    Buah-buahan sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan, namun tahukah anda kebaikan epal hijau?

  • 5,000 cave paintings discovered in Mexico
    5,000 cave paintings discovered in Mexico

    Archeologists have found nearly 5,000 cave paintings made by hunter-gatherers in a northeastern Mexico mountain range where pre-Hispanic groups were not known to have existed.

  • Germany 'most popular country' in the world: poll
    Germany 'most popular country' in the world: poll

    Germany is the most popular country in the world despite well-publicised protests against its insistence on austerity measures within the European Union, an annual poll for the BBC World Service revealed on Thursday.

  • World Street Food Congress 2013
    World Street Food Congress 2013

    One venue, 10 countries, over 37 street food masters and almost endless food choices…

  • 5 small diet tweaks that maximize results
    5 small diet tweaks that maximize results

    The prospect of having a diet overhaul is understandably rather daunting. Often, you want results but you don’t want to have to sacrifice everything in the process. Take note of these five small diet tweaks for maximum results. It doesn’t always have to be all or nothing.

  • The Gastronomy Calling
    The Gastronomy Calling

    International young hawkers at the Jamboree who took the road less traveled…

  • HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut
    HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut

    Trend mewarna rambut dengan 'hair chalk' semakin popular dan senang dilakukan.