13 Apr – Bintang filem "Hunger Games" Alexander Ludwig yang masih di bawah umur dilihat keluar dari sebuah kelab malam The Sayers Club di Hollywood Selasa lepas.
Menurut TMZ, sepatutnya Alexander tidak dibenarkan masuk kerana kelab tersebut hanya membenarkan mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja, manakala Alexander berumur 19 tahun ketika ini.
Gambar Alexander kemudiannya telah tersebar. Kelihatan Alexander memakai jaket kulit dan seluar jeans keluar dari kelab malam tersebut sambil menutup mukanya.
Jabatan Kawalan Minuman Beralkohol California memberitahu TMZ bahawa kelab Sayers mempunyai lesen jenis 48, iaitu bermaksud hanya pelanggan-pelanggan berusia 21 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Sayers, Robbie McKay, menjelaskan bahawa apabila pihak keselamatannya menyedari kelibat Ludwig didalam kelab tersebut, dia telah diminta untuk keluar dari premis berkenaan.


