KECOH juga beberapa minggu lalu apabila banyak media memainkan kisah cinta antara Anne Ngasri dengan penyanyi Singapura Aliff Aziz. Menjadi kecoh sebab Aliff yang baru berusia 21 tahun mengaku dia merancang untuk berkahwin dengan Anne yang merupakan janda beranak tiga itu. Anne pula macam tidak menolak jodoh mereka bersama, sehingga tiba-tiba keluar kenyataan daripada kakak Anne, Darling Ngasri bahawa hubungan adiknya dengan Aliff harus difikir lebih dalam sebelum mereka betul-betul mahu berkahwin.
Tup-tup, lebih kurang seminggu kemudian, Anne memberi kenyataan sudah putus cinta dengan Aliff. Aliff pula tidak dapat dihubungi sehingga dia ditemui pada sebuah konsert hujung minggu lalu. Bagaimanapun, Aliff yang sedang popular dengan lagu hit, “Jangan Ganggu Pacarku” itu enggan memberi sebarang kenyataan berhubung isu putus cinta tersebut.
Antara faktor yang meyebabkan dia tidak mahu membuka mulut adalah kerana mendengar nasihat syarikat rakamannya, Sony Music Malaysia agar mencari masa yang sesuai untuk bercakap mengenai hal peribadi tersebut.
Aliff sebaliknya mengakui: "Ia (putus cinta) memberi banyak kesedaran kepada saya. Tapi saya kini menjalani kehidupan normal, seperti biasa. Kalau boleh, saya juga tak mahu ingat kisah itu."
Katanya lagi, dia akan memberi kenyataan rasmi dalam satu sidang media khas yang diatur syarikat rakamannya, Sony Music Malaysia dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, nampaknya pihak media dan peminat yang mengikuti perkembangan cinta Aliff dengan Anne akan kempunan untuk mendapat penjelasan daripadanya dalam masa terdekat ini. Ini kerana Aliff kini diarahkan berehat selama sebulan oleh doktor selepas dia diserang palpilasi jantung atau istilah mudahnya, denyutan jantung tidak teratur pada hari Ahad lalu.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan syarikat Sony Music Malaysia, penyanyi itu perlu berehat selama sebulan dan terpaksa membatalkan semua persembahan yang telah disusun buatnya. Mereka juga berjanji akan mengadakan satu sidang media bagi meleraikan isu putus cinta artis naungannya dengan pelakon tersebut.
“Namun ingin pihak kami tegaskan di sini, punca Aliff diserang palpilasi jantung bukan kerana masalah putus cinta yang melanda dirinya baru-baru ini. Kami minta semua pihak mendoakan agar kesihatannya kembali pulih segera,” itu antara petikan kenyataan rasmi yang turut memberitahu Aliff kini berada di Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan di sana.
Baru-baru ini, Aliff di laman sosial Twitternya berkata, yang “dia bertambah pulih dan akan berehat selama dua minggu sebelum mula bekerja semula.”
Aliff Aziz sakit berehat sebulan
By Kleopatra Zachariah | Yahoo Newsroom – Tue, Oct 2, 2012 8:54 PM MYTComments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.
- CANNES: Eva Longoria suffers no pants fashion flash at Cannes Film Fes …
© Getty - HandbagEva Longoria hit the rainy red carpet at Cannes Film Festival last night, but caught herself in a flesh-flashing fashion mishap while climbing the stairs.Joining fellow L'Oreal face Cheryl Cole at the premiere of Jimmy P. (Psychotherapy Of A Plains Indian), Eva lifted her split-to-the-thigh dress while ascending the steps to the screening, but sadly hitched things a little too high.At the front.No underwear and a hoard of photographers? Yes, we imagine you can guess what
- Shila Amzah nasihatkan Afiq Muiz supaya insaf
Penyanyi Shila Amzah telah menasihati rakannya Afiq Muiz supaya tidak mengabaikan keluarganya.
- Britney shows off toned bod & yoga skills
Britney Spears – you are looking smoking. Big round of applause. The singer showed off her toned bod in a series of yoga poses wearing skin tight yoga pants and a crop top. The mother-of-two has been known to have a yo-yo battle with her weight but is looking great as she gears up for a new show in Las Vegas and the release of an upcoming album which she's worked on with will.i.am.

