15 Jul - Anak sulung aktor "The Expendables" Sylvester Stallone, Sage Stallone, telah meninggal dunia pada hari Jumaat lalu disebabkan pengambilan dadah berlebihan.
Menurut laporan TMZ, Sage, 36, telah ditemui di rumahnya di Los Angeles dan pihak perubatan mengesahkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Walaubagaimanapun sehingga kini masih belum ada informasi jika pengambilan dadah berlebihan itu dibuat secara sengaja atau tidak.
Sylvester, 66, dilaporkan tidak dapat menerima berita sedih tersebut.
Sage merupakan anak kepada Sylvester dan bekas isteri, Sasha Czack.
Sage mengikut jejak langkah ayahnya selepas muncul di layar perak buat pertama kalinya dalam filem "Rocky V" dengan memegang watak anak kepada Rocky Balboa, Robert.
Malah dia turut terlibat dalam dunia pengarahan apabila filem pertama arahannya, "Vic" ditayangkan di Festival Filem Palm Springs pada tahun 2006.


