Anzalna mohon maaf secara terbuka

2 Jul – Bukan sengaja mencari publisiti murahan namun itulah yang terjadi kepada pelakon sedang meningkat naik, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Nasir apabila dia sendiri mengaku bersalah dalam mencemarkan maruah dan nama baik Neelofa menerusi artikel "Anzalna bidas Neelofa" dalam sisipan B*Pop, Berita Minggu bertarikh 10 Jun.

Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Anzalna kepada wartawan hiburan Zubir Mohd Yunus, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor telah bertindak mengemukakan notis tuntutan selama tujuh hari dimana Anzalna harus tampil bersama bukti yang kukuh di atas dakwaan yang dilemparkan. Sekiranya gagal, Anzalna mungkin diambil tindakan undang-undang.

Walaubagaimana selepas lebih seminggu sejak notis tuntutan diberikan, Anzalna akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka di majlis sidang media yang diadakan tengahari tadi bertempat di Hotel Royale Bintang, Damansara.

Dalam kenyataannya, Anzalna mengakui bahawa apa yang dikatakan adalah tidak benar. Tambahan pula, dia sendiri tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk memberitahu kenyataan yang dibuat itu adalah berpaksikan daripada kebenaran semata.

"Saya mohon maaf kepada Neelofa di atas kenyataan yang dibuat di akhbar Berita Harian bertarikh 10 Jun yang lalu. Saya tidak berniat untuk mencemarkan air muka sesiapa. Saya juga mengakui tiada bukti yang kukuh di atas kenyataan yang saya lakukan sebelum ini."

Ujar Anzalna lagi, dia tidak mahu perkara ini berpanjangan kerana merasakan perlu saling bermaafan sesama umat Islam.

"Saya bukan meminta maaf kerana mengaku kalah namun kerana Allah. Apa yang saya lakukan hanya Tuhan sahaja yang tahu dan biarlah Allah sahaja yang menghukum."

Kenyataan tersebut turut didengari oleh kedua-dua peguam daripada kedua belah pihak termasuk Presiden Seniman, Zed Zaidi selaku pendamai di dalam kes ini.

Pelakon berusia 24 tahun ini juga turut memberitahu bahawa dia tidak lagi mahu mengaibkan mana-mana pihak termasuk Neelofa, dan disebabkan itulah dia berani meminta maaf secara terbuka kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Anzalna turut mempersetujui kandungan perjanjian yang telah dibuat oleh peguam Neelofa, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak iaitu tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan nama pengacara "Nona" itu.

"Pada saya, mungkin ini adalah antara dugaan bagi saya sebagai pendatang baru. Oleh itu saya merasakan ini pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati selepas ini," ujar Anzalna sebelum mengakhiri kenyataan.

  • "Lari" ke Festival Filem Cannes
    Dzamira Dzafri - Tupai
    "Lari" ke Festival Filem Cannes 5 hours ago
    "Lari" ke Festival Filem Cannes

    Filem terbaru arahan Ahmad Idham akan turut ditayangkan di Festival Filem Cannes ke-66 selain daripada empat buah filem tempatan lain.

  • Luna Maya: "Saya dan Ariel sekadar rakan kongsi perniagaan"
    Luna Maya: "Saya dan Ariel sekadar rakan kongsi perniagaan"

    Aktres popular Indonesia itu menyifatkan hubungan dengan bekas kekasih, Ariel (Noah) hanya sekadar rakan sahaja.

  • David Beckham umum persaraan
    Nur Safina Othman - Tupai
    David Beckham umum persaraan 22 hours ago
    David Beckham umum persaraan

    Pemain bola sepak terkenal dan jurucakap pelbagai jenama umum berita persaraan selepas 21 tahun berkecimpung dalam dunia bola sepak.

  • Rowland for X Factor USA?
    Cover Media
    Rowland for X Factor USA? 14 hours ago
    Rowland for X Factor USA?

    Kelly Rowland is reportedly near to finishing a deal to be a judge on The X Factor USA after leaving the British version.

  • Bartha engaged to Smith
    Cover Media
    Bartha engaged to Smith 14 hours ago
    Bartha engaged to Smith

    Justin Bartha from the Hangover Part III popped the question to Lia Smith while on holiday.

  • Keluar dengan solekan minimum
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Keluar dengan solekan minimum 4 hours ago
    Keluar dengan solekan minimum

    Mungkin ramai berpendapat seseorang selebriti itu perlu sentiasa berdandan dan kelihatan cantik, namun ada berfikiran sebaliknya.

  • Baskin Robbins' Movie Popcorn
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Baskin Robbins' Movie Popcorn 21 hours ago
    Baskin Robbins' Movie Popcorn

    To all popcorn and ice cream lovers, the time for a combination of the two has come! The folks at Baskin Robbins have managed to mix your favourite movie snack with your favourite frozen dessert into their new Movie Theatre Popcorn flavor, which is also their flavour of the month! The Movie Theatre Popcorn ice cream tastes like corn-flavoured ice cream, but with a crunchy kick to it. It is described as vanilla ice cream blended with popcorn, swirled with a savory caramel ribbon, and loaded with

  • Chanel lancar minyak wangi termahal
    Siti Munawirah Mustaffa - Tupai
    Chanel lancar minyak wangi termahal Thu, May 16, 2013 5:33 PM MYT
    Chanel lancar minyak wangi termahal

    Jenama terkemuka yang berasal dari Perancis ini telah melancarkan minyak wangi berharga lebih RM12,000.

  • France legalises same-sex marriage
    Abhik Kumar Chanda - AFP News
    France legalises same-sex marriage 47 minutes ago
    France legalises same-sex marriage

    France became the 14th country to legalise same-sex marriage Saturday after President Francois Hollande signed the measure into law following months of bitter political debate.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.