17 Ogos – Pasti ramai peminat diluar sana yang ingin tahu status sebenar pelakon cantik, Anzalna Nasir yang kini sering muncul di televisyen dengan rancangan "Sirrun".
Sebagai seorang finalis Dewi Remaja 2010, Anzalna sememangnya mempunyai wajah dan penampilan yang menarik dan mampu membuat setiap orang tertarik dengan caranya yang sopan dan lembut.
Namun disebalik semua itu, Anzalna sebenarnya sudah mempunyai seorang kekasih yang tampan serta sentiasa mencintainya.
Ketika ditemubual, Anzalna telah memberitahu mengenai perancangan mereka berdua untuk berkahwin sebelum umur mencecah 26 tahun.
"Hubungan kami baik-baik sahaja. Kalau boleh, kami nak berkahwin secepat yang mungkin. Namun dia baru bekerja dan saya pula sedang sibuk dengan dunia seni. Kami sama-sama baru nak mula mengumpul duit. Kalau boleh nak berkahwin sebelum berusia 26 tahun. InsyaAllah, kalau jodoh kami dah sampai."
Mereka berdua khabarnya telah berkenalan sejak lima tahun yang lalu dan mula menjalinkan hubungan cinta hampir satu tahun. Sebelum ini Anzalna pernah dikaitkan dengan gosip cinta bersama aktor muda, Aeril Zafril.


