18 Okt – Hampir setahun pemergian abang kepada penyanyi dari rancangan realiti, Akademi Fantasia musim ke-7, Ariel AF, arwah Izwan Pilus atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Bin Pilus yang meninggal dunia akibat terdapat jangkitan kuman di dalam darahnya.
Namun begitu, di dalam keseronokan melihat keletahnya yang begitu peramah dan riang, namun hakikatnya luaran tidak dapat menggambarkan apa yang terbuku di dalam sudut hatinya.
"Hampir setahun dia pergi meninggalkan kami sekeluarga, ingatan terhadapnya masih segar hingga saat ini.
"Saya masih ingat saat dia menutupkan mata dan ketika itu, saya berada di sisinya."
Ujar Ariel atau nama sebenarnya, Khairil Azam Bin Pilus sambutan perayaan baru-baru ini merupakan yang pertama ketiadaan arwah disisi.
"Jika tidak dia yang paling sibuk dan setiap kali hari raya, juadah raya yang wajib akan dia lakukan adalah kuah kacang. Banyak sebenarnya tanggungjawab yang dia lakukan sepanjang hayatnya untuk keluarga kami. Hati saya sebak setiap kali terkenangkan arwah."
Ujar Ariel, jarak perbezaan umur yang ketara diantara dia dan abangnya itu membuatkannya seorang yang manja yang seringkali disakat oleh arwah.
"Dia seorang yang kuat menyakat, setiap kali bersamanya, ada sahaja perkara yang akan dilakukan untuk mengenakan saya. Perkara kecil sebeginilah yang menguatkan lagi ikatan kami sebagai adik – beradik. Saya memang tidak dapat lupakan memori disakat oleh arwah abang."
"Pernah sekali itu, ketika saya sedang tidur, arwah masuk ke bilik saya dan menjerit memberitahu rumah terbakar, saya yang mamai – mamai terus turun ke bawah untuk melihat apa yang terjadi, rupanya dia hanya membuat lawak. (Sambil tersenyum) ."
Walaupuin seringkali teringatkan arwah abangnya, Ariel tetap menyibukkan diri dengan bidang nyanyian dan kini sedang sibuk menyiapkan single terbarunya hasil ciptaan Ahmad Dhani.
Dijangka akan diriliskan pada penghujung tahun ini, single terbaru berjudul "Tangis Terakhir" akan dimuatkan di dalam album pertamanya nanti.


