23 Jul - Tanggal 23 Julai 2012 merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh vokalis kumpulan Peterpan, Ariel apabila dia telah dibebaskan dari penjara hari ini.
Seperti yang dilaporkan detikHot, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham, akhirnya dapat menghirup udara segar selepas dibebaskan daripada penjara Rutan Kebon Waru.
Ariel yang dibebaskan pada pukul 9:08am waktu tempatan, dilihat hanya memberikan senyuman sambil melambaikan tangan kepada peminat-peminatnya yang telah menunggunya di luar penjara sejak semalam lagi.
Ariel kemudiannya dilihat menaiki sebuah kenderaan untuk pergi ke Balai Permasyarakatan di Bandung kerana perlu menandatangi syarat PB (Bebas Bersyarat).
Sementara itu, Airel yang tiba di Balai Permasyarakat Bandung meluahkan rasa gembiranya selepas keluar daripada penjara.
"Saya baik saja, dan sangat gembira sekarang ini," katanya ketika ditemui di Balai Permasyarakat Bandung.


