Aril sanjungi kredibiliti Ahmad Dhani

  • Simply K-Pop : ♬ BTOB - 2nd Confession

    Simply K-Pop : ♬ BTOB - 2nd Confession

    Simply K-Pop : ♬ BTOB - 2nd Confession

    A little over a year since their debut in 2012, BTOB released a digi-single earlier in April for their fans. "2nd Confession" is a sweet song about a man hoping to confess his love for the 2nd time to an ex-girlfriend. …

  • Team Fukrey Launches The Song 'Jugaad'

    Team Fukrey Launches The Song 'Jugaad'

    Team Fukrey Launches The Song 'Jugaad'

    The cast of the upcoming movie 'Fukrey', Richa Chhadha, Vishaka Singh, Priya Anand, Ali Fazal, Manjot Singh, Varun Sharma and Pulkit Samrat were seen at the launch of the song 'Jugaad'. Producers Farhan Akhtar and Riteish Sidhwani were also present at the event. At the event they spoke about the song and what a gala time they had while shooting for the movie. …

  • Pills and Tattoos will Unlock Your Smartphone

    Pills and Tattoos will Unlock Your Smartphone

    Pills and Tattoos will Unlock Your Smartphone

    Motorola is developing a few alternatives to typing in an unsecured password. They involve popping pills and getting tattoos. The future is hardcore! …

26 Okt - Penyanyi yang mula dikenali dengan lagu "Menatap Matamu", Khairil Azam atau lebih mesra dengan panggilan Aril bakal keluar dengan single terbaru ciptaan komposer terkenal dari negara seberang, Ahmad Dhani.

Walaupun Aril jarang muncul di kaca-kaca televisyen tempatan, ia tidak bermakna Aril sudah tenggelam, malah banyak projek-projek baru yang telah diatur oleh pihak Astro.

"Tunggu masa sahaja untuk lancarkan produk ini. Lagipun, Aril baru sahaja balik dari Indonesia untuk rakaman lagu bersama Ahmad Dhani. Sebelum itu, saya sibuk dengan promosi rancangan terbaru "Joe Jambul" untuk RTM."

Baru-baru ini kami berpeluang menemubual Aril yang kini tampak lebih matang berbanding dahulu selepas keluar dari Akademi Fantasia. Jadi mari kita ikuti temubual ekslusif bersama Aril.

Pasti ramai ingin tahu perkembangan Aril sekarang, selepas lagu "Menatap Matamu" Aril seakan senyap, adakah tawaran menyanyi kurang?
Saya memang akui agak kurang publisiti di kaca televisyen berbanding artis lain. Tapi itu bukan bermaksud saya sudah tidak diterima ataupun tiada tawaran menyanyi. Cumanya, pihak Astro telah mengaturkan beberapa program untuk saya sebagai batu loncatan untuk saya terus kekal di dalam industri ini.

Bukan mahu mendabik dada tapi saya tahu percaturan industri muzik kita. Contohnya, sebagai seorang artis yang berjaya tidak semestinya popularitinya harus terus melonjak. Namun ada masanya kita harus kurangkan dari menerima banyak tawaran melampau kerana perkara tersebut hanya akan bertahan sekejap, bagi saya tidak mengapa jika popular itu tidak ada asalkan masih dikenali dan juga bahan sentiasa ada.

Lagipun saya baru sahaja selesa membuat rakaman untuk single terbaru yang akan diselitkan dalam album pertama saya kelak yang akan diriliskan pada penghujung tahun ini, jika tiada aral melintang.

Mungkin boleh kongsikan kepada para pembaca, apa kelainan yang akan ditonjolkan Aril pada persembahan nanti?
Saya bakal keluarkan album sendiri pada penghujung tahun hadapan. Di dalam lagu tersebut banya pembaharuan dari segi gubahan muzik dan juga genre lagunya. Saya ada berduet dengan penyanyi daripada Indonesia iaitu Terry yang popular dengan lagu "Janji Manismu" manakala saya turut menggunakan khidmat komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani untuk single terbaru saya nanti .

Ahmad Dhani sememangnya seorang komposer terkenal di Indonesia dan Malaysia, adakah sukar untuk mendapatkan khidmat beliau?
Tidak juga, saya amat berterima kasih dengan pihak pengurusan Astro kerana tanpa mereka saya rasa peluang untuk bekerjasama dengan beliau entah bila. Saya baru sahaja balik dari Jakarta, Indonesia baru-baru ini untuk sesi rakaman. Saya berada di Indonesia selama 3 hari 2 malam . Tetapi rakaman lagu tersebut hanya mengambil masa sehari untuk menyiapkan satu produk. Memang berbeza bekerja dengan orang di sana berbanding di Malaysia.

Boleh ceritakan lebih lanjut tentang lagu yang telah dirakam bersama Ahmad Dhani ini?
Ok, nama lagu berjudul "Tangis Terakhir", lirik dan juga komposer sepenuhnya dilakukan Ahmad Dhani. Lagu yang bergenre pop balada ini saya rasa antara kekuatan yang akan ada di dalam album terbaru saya kelak. Saya sudah merakam lagu ini dan saya dapat rasakan lagu ini betul-betul kena dengan jiwa saya dan pendengar di Malaysia.

Kenapa memilih komposer dari seberang sedangkan di Malaysia sendiri mempunyai ramai komposer hebat?
Saya tidak kisah dari mana dia tinggal. Pada saya Indonesia dan Malaysia sama sahaja. Cuma mungkin saya ingin merasa kelainannya apabila merakam lagu di seberang. Apatah lagi ketika itu saya dapat mengenali dengan lebih dekat siapa Ahmad Dhani kerana saya dapat pergi melihat sendiri kediaman besar Ahmad Dhani.

Apa kelainan yang ada pada Ahmad Dhani?
Saya rasa dia sememangnya seorang yang sangat bijak. Bukan sahaja dari segi pengubahan lagu namun dari segala sudut. Saya pergi ke rumahnya, terkejut kerana terdapat seperti sebuah perpustakaan yang penuh dengan buku. Seperti di dalam filem "Harry Potter" pula (Sambil ketawa). Tapi itulah yang ada di rumah Ahmad Dhani.

Selain daripada kepandaian beliau, rumahnya yang memiliki 3 tingkat dimana ia amat menakjubkan. Terdapat benda-benda pelik seperti buku lama, kaset-kaset lama. Tidak ketinggalan juga, kaset lama kumpulan rock tanah air iaitu Search. Apabila melihat sendiri , saya rasa terharu kerana nama sebesar Ahmad Dhani turut meminati Search ketika itu.

Cara bekerja Ahmad Dhani amat lain, apabila bertemu untuk merakam lagu, dia hanya melihat saya, kemudian dia menyuruh saya tunggu sebentar, tidak lama kemudian, dia memanggil saya dan memberitahu lagu sudah siap untuk dirakam. Cuba bayangkan betapa pantas dia berfikir dan bekerja. Itu saya amat kagumi. Lagu yang dihasilkan pula amat berkualiti.

Saya percaya, lagu yang dia cipta ini ada kaitan dengan saya kerana kami pernah berjumpa ketika di konsert Mania sebelum ini.

Pandangan peribadi Aril terhadap Ahmad Dhani sendiri?
Pada saya, dia amat cool dan kelakar sebenarnya, tetapi apa yang diborakkan haruslah ada isi kerana dia seorang yang bijak. Selain daripada itu, dia seorang yang mempunyai pendirian diri. Dia tahu apa yang dia lakukan. Saya rasa amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengannya dan berharap suatu hari nanti kami akan bekerjasama lagi untuk projek yang lebih besar.

Selain daripada merakam album, ada projek baru yang akan melibatkan Aril nanti?
Ada, saya akan menjadi pengacara untuk rancangan "Joe Jambul" untuk RTM. Kemudian saya akan lebarkan sayap saya di dalam bidang pengacaraan pula apabila diberi peluang dan kepercayaan untuk mengacara sebuah rancangan kanak-kanak untuk saluran Astro Ceria.

Mungkin ada pesanan khas untuk para pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan terbaru Aril?
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong kuat Aril. Diharap dapat tunggu kemunculan semula Aril penghujung tahun hadapan dan sokonglah lagu terbaru Aril berjudul "Tangis Terakhir" nanti!

Terima kasih Aril diatas masa yang diluangkan untuk ditemuramah secara eksklusif ini.
Sama-sama dan semoga bertemu lagi!

  • Tampil hebat ketika bekerja & selepas bekerja
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Tampil hebat ketika bekerja & selepas bekerja 18 hours ago
    Tampil hebat ketika bekerja & selepas bekerja

    Gaya rambut yang mudah dan cepat dengan cara solekan ringkas yang menarik pasti akan membuatkan anda tampak jelita. …

  • Chocolate bars-turned-ice cream
    Jillian Cheong - ScoopyScoop
    Chocolate bars-turned-ice cream 19 hours ago
    Chocolate bars-turned-ice cream

    Ever wondered how your favourite chocolate bars will taste like as ice cream? Popular brands like Mars and Nestle have expanded their range of products by recreating them into ice cream! An ice cream cone version of Kit Kat. …

  • Mahu haruman Pizza Hut?
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Mahu haruman Pizza Hut? 19 hours ago
    Mahu haruman Pizza Hut?

    Pelbagai haruman dari pizza telah dikeluarkan untuk penggemar tegar Pizza Hut. …

  • UK report: Saatchi cautioned over assault on wife
    JILL LAWLESS and RAPHAEL SATTER - Associated Press
    UK report: Saatchi cautioned over assault on wife 5 hours ago
    UK report: Saatchi cautioned over assault on wife

    LONDON (AP) — Art collector Charles Saatchi has been cautioned over a dramatic assault on his TV presenter wife Nigella Lawson captured by a tabloid photographer just outside a fancy London restaurant. …

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi. …

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.