![]() |
13 Jul - Walaupun sentiasa sibuk dengan penggambaran, namun bagi pengarah yang terkenal dengan karyanya , Aziz M.Osman berkongsi resepi turun temurun dalam membuat sambal tumis yang juga merupakan kegemaranya ketika muda.
Aziz M.Osman yang kini berusia 50 tahun masih tetap kelihatan bertenaga dan rancak berbual dalam menjawab segala soalan yang ditanya.
Apabila disoal resepi yang paling dia gemari dan mahir memasak adalah sambal tumis yang dilakukan mengikut resepi turun temurun. Antara perkara wajib yang dia akan lakukan adalah dengan membakar dahulu belacan yang akan digunakan sebelum dimasak dengan tumisan sambal.
"Kalau sekarang nak suruh masak mungkin agak sukar untuk saya lakukan kerana sudah lama tinggalkan dunia masakan sejak berumah tangga. Tapi kalau dahulu, ketika masih remaja dan belum berkahwin , saya memang mahir memasak sambal tumis. Semua keluarga, termasuk emak saya percaya dengan kredibiliti saya ketika itu."
"Antara cara yang saya akan lakukan untuk menyedapkan lagi sambal tumis itu adalah dengan membakar dahulu belacan yang akan digunakan sebelum memasukkan ke dalam tumisan sambal, kemudian saya akan masak sehingga naik bauan campurkan bahan-bahan seperti biasa dalam."
Aziz M.Osman turut memberitahu dia tidak boleh makan apa-apa makanan jika tidak mempunyai sambal tumis disebabkan itu mungkin dia amat mahir memasak menu tersebut.
Dalam perkembangan lain, Aziz yang pernah mengarahkan filem "Azura 2012" bakal mengarap sebuah lagi filem seram berjudul "Penunggu" yang masih dalam proses penggambaran.



Best Travel Stories