7 Sept – Baru sahaja dikhabarkan berita gembira bahawa dia sedang hamil sebulan, kini pelakon dan penyanyi Azza mengesahkan bahawa dia telah mengalami keguguran semalam (Khamis).
Dipetik daripada sebuah portal hiburan tempatan, bekas kumpulan Elite ini walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang insiden tersebut.
"Memang benar saya mengalami keguguran, tetapi saya enggan mengulas lanjut kerana emosi saya agak tertekan ketika ini. Berikan masa untuk saya bertenang," jelas Azza yang meminta agar semua pihak memahami situasinya.
Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Azlan Zulaily pada 1 April lalu.


