![]() |
Kini terdapat pelbagai gaya hijab yang ditonjolkan oleh penggemar fesyen tempatan mahupun antarabangsa. Ini membuktikan bahawa, individu yang berhijab juga mampu bergaya dan ia tidak menjadi penghalang untuk mereka tampil sopan dan anggun sepanjang hari.
Menerusi sebuah blog hijab Scarf Sweet Honey, blog ini bukan sahaja menjual pelbagai jenis hijab, malah tutorial pemakaian hijab turut disediakan untuk semua pelanggannya.
Disini kami ingin kongsikan salah satu gaya hijab yang menarik dan terkini untuk para gadis dan wanita berhijab. Gaya ini sangat sesuai untuk individu yang mahu tampil dengan imej lebih segar dan baru.
Caranya ialah, yang pertama, anda hendaklah kemaskan fabrik hijab tersebut diatas kepala dan bawakan ia dibahagian sisi sebelah kanan. Seterusnya, pegang hujung tepi selendang dan bawakan ia ke bahagian hadapan sehingga menutupi dada. Kemaskan selendang tersebut di bahagian belakang dan sematkan ia di atas bahu sebelah kanan.
Untuk hasil yang lebih cantik dan menarik, kemaskan bahagian tepi selendang sebelah kiri dan kanan agar ia tidak mudah bergerak. Anda pasti nampak anggun lagi sopan malah menyerlahkan lagi keyakinan anda. Selamat mencuba!




Best Travel Stories