![]() |
4 Jul – Perkembangan meluas dalam pemakaian tudung amat menggalakkan di Malaysia. Tidak hairanlah ramai yang bersedia berhijrah terus dalam menutup rambutnya dengan memakai tudung.
Memakai tudung bukan tuntutan tetapi menutupi rambut adalah tuntutan agama oleh yang demikian trend memakai hijab boleh dianggap bagus sebagai langkah pertama untuk menjadi muslimah yang diredhai.
Ditambah dengan kehadiran ramai selebriti yang sudah berhijab pasti memberikan pandangan positif kepada ramai wanita di luar sana akan kepentingan memakai tudung.
Penyampaian dan gaya kreatif pemakaian tudung yang dipersembahkan di khalayak adalah antara cara yang amat digalakkan dan diterima baik. Walaupun ada segelintir masyarakat yang melabel mereka yang berhijrah ini hanya kerana mengikut trend, ianya langsung tidak ada kena mengena dengan tuntutan Islam.
Biarlah anda memakai tudung mahu kelihatan cantik ataupun sekarang sudah banyak fesyen yang mempamerkan fesyen muslimah dan disebabkan itu anda mahu memakai tudung. Itu tidak salah asalkan anda mempunyai niat untuk memakai tudung . Lama kelamaan perkara tersebut pasti akan berterusan apabila sudah selesa menutup helaian rambut.
Namun berbeza bagi sang pemakai tudung yang sudah berniat untuk memakai tudung serta telah melakukan perkara tersebut. Apabila anda memakai tudung, pastinya persepsi masyarakat terhadap anda akan terus berubah, oleh yang demikian, jagalah penampilan agar tidak menimbulkan fitnah di kemudian hari.
Niat setelah memakai tudung haruslah bersesuaian dengan penampilan bertudung, jangan pula setelah memakai tudung anda akan terus kekal dengan tabiat lama. Berubahlah kearah kebaikan, pasti akan lebih diredhai.
Tidak mengapa andai memakai tudung mengikut fesyen namun pastinya mengikut tuntutan syarak dan bersikap sederhana. Tidak kira fesyen jenis apa yang anda gayakan asalkan kena dengan tuntutan iaitu menutupi bahagian rambut dari dilihat lelaki bukan muhrim.



Best Travel Stories