![]() |
22 Mei – Aishah Jennifer Sinclair atau lebih dikenali sebagai Aishah Sinclair bukan sahaja seorang aktres dan pengacara televisyen, tetapi kini sudah mula menceburkan diri dalam perniagaan batik dari Malaysia dan Indonesia.
Bhumi Batik adalah cetusan idea oleh Aishah sendiri kerana dia merupakan seorang yang sangat cintakan seni warisan lama Melayu.
Menurut Aishah, Bhumi Batik masih lagi di peringkat awal kerana dia masih lagi dalam proses mencari kain batik yang terbaik dan Terengganu akan menjadi lokasi pilihannya pada akhir bulan Jun depan.
"Selain daripada memenuhi jemputan mengacara di Terengganu, saya akan ke sana untuk mencari kain batik yang berkualiti.
"Buat masa ini, perancangan saya hanyalah menjual batik yang boleh dipadankan dengan baju atau pun blouse sedia ada. Lama-kelamaan, saya akan kembangkan lagi dengan mereka sediri baju untuk dipadankan dengan kain batik koleksi daripada Bhumi Batik," ujarnya ketika ditemui di majlis Celebrity Fitness Triathlon di Mid Valley Megamall baru-baru ini.
Selain itu, Aishah, 30, turut gemar mengumpul barangan lama seperti cucuk sanggul dan kerongsan lama. Dia merasakan barangan sedemikian mempunyai hasil seni yang tersendiri, malahan memori lama yang tidak akan hilang.
"Saya sendiri mempunyai koleksi batik dari turun-temurun. Ia merupakan kepunyaan nenek saya dan diturunkan kepada mak saya dan kini saya pula. Saya merasakan ia sangat bernilai kerana satu hari nanti, saya pula akan memberikan kepada anak saya," jelasnya.
Tambahnya lagi, batik akan menjadi lembut apabila sudah lama dipakai dan kombinasi batik dan kebaya sesuai kerana ia melambangkan warisan Melayu.
Ibu kepada Soraya Ann Sheikh Abdul Shahnaz ini turut memberitahu bahawa dia kini lebih tertumpu dengan bidang pengacaraan kerana itu adalah minatnya. Namun jika dia menerima tawaran berlakon, dia tidak akan menolaknya.
Bhumi Batik akan turut terlibat dengan satu bazar anjuran Tongue n Chic pada 26 May di Markets, Jaya One.



Best Travel Stories