![]() |
3 Ogos – Satu lagi pakaian renang yang berkonsepkan gaya sopan kini sedang menuju ke pasaran dengan rekaan bikini sari yang diperkenalkan oleh pereka pakaian renang Shiva Batiya dan Narresh Kukreja.
Dipetik daripada Daily Mail, pereka fesyen yang berasal dari New Delhi itu memberitahu The Sunday Times bahawa rekaan tersebut adalah sebagai jalan penyelesaian kepada masalah wanita di India yang malu berpakaian seksi ketika di pantai atau kolam renang dan juga stigma sosial yang melihat pakaian renang sebagai suatu yang membuahkan provokasi kepada umum.
Walaupun dijual dengan harga yang sangat mahal, iaitu sebanyak USD 700 (RM2191) sehelai, namun pakaian renang tersebut berjaya mendapat sambutan baik dari wanita India yang sanggup mendapatkannya dengan harga sedemikian.
Diperbuat daripada fabrik nipis seperti kain sutera chiffon, kain getah dan lycra dalam pelbagai warna, bikini sari sesuai dipakai ketika di pantai ataupun di atas kapal layar tetapi pemakaiannya sewaktu berenang memang agak meragukan.



Best Travel Stories