Cara menggayakan t-shirt konsert

Cara menggayakan t-shirt konsert

11 Nov – Banyak cara untuk mengeksperasikan minat anda terhadap muzik. Salah satunya mengumpul t-shirt yang anda beli ketika menonton konsert. Kerana minat anda itu, kemungkinan anda mempunyai banyak t-shirt konsert tetapi tidak tahu bagaimana mahu menggayakan selain kasual? Mungkin tips kami dibawah dapat membantu .

Pilih t-shirt
Semuanya bermula dengan pemilihan t-shirt ketika anda mahu membeli. Sesetengah artis atau band mempunyai cara tersendiri yang di eksperasikan melalui t-shirt konsert. Ini tidak bermakna jika rekaan t-shirt tersebut hanya untuk lelaki anda tidak boleh memakainya. Rahsia pada t-shirt konsert yang bagus terletak pada fabriknya. Cari t-shirt konsert yang nipis dan daripada fabrik kapas lembut. Untuk keselesaan, pilih t-shirt yang longgar sedikit.

Ayuh vintaj!
Pernah tertanya - tanya mengapa t-shirt 'old – school' masih dalam keadaan baik? Jawapannya kerana fabriknya! Baju yang telah dibasuh berulang kali mempunyai keselesaan yang sempurna dan sesuai. Jadi, jangan pandang rendah pada kedai 'bundle' ya? Mereka menjual banyak t-shirt konsert atau t-shirt berinspirasikan vintaj yang masih elok. Dan juga murah!

Padankan bersama 'skirt'
Jangan jadi terlalu membosankan dengan hanya menggayakan dengan denim sahaja. Cuba gayakan dengan 'skirt'. Kami percaya, tahun ini banyak design 'skirt' yang cantik dan 'trendy'. Jadi berani sedikit menggayakannya. Cuma, perlu berhati-hati tentang kombinasi warna, fabrik dan rekaan ya?

Aksesori
Tidak salah untuk ada sedikit 'over' pada anting-anting, bangle atau cincin . T-shirt konsert sudah tentu nampak biasa-biasa, jadi tidak salah. Lagi besar aksesori anda lagi bagus!

Kasut
'Sandal' atau 'sneakers' merupakan pilihan yang bagus. Jika anda seorang yang berani, boleh lah menggayakan dengan but atau 'creepers'. Kasut bertumit tinggi agak kurang sesuai dan 'ballet pumps' nampak terlalu 'girlish' , jadi elakkan ya.