1 Nov – Penyanyi Cee Lo Green kini berada dalam siasatan polis Los Angeles selepas dia dituduh telah melakukan kekerasan seksual terhadap seorang wanita.
Menurut laporan dari TMZ, siasatan yang dijalankan pihak polis masih diperingkat awal kerana polis masih belum dapat gambaran tentang kejadian tersebut.
Ketika ini, pihak polis sedang mengumpul keterangan daripada pekerja-pekerja dan pengurus sebuah restoran di Los Angeles berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Cee Lo yang diajukan soalan mengenai tuduhan tersebut telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia melakukan kekerasan seksual terhadap wanita tersebut.
"(Kekerasan Seksual) Tidak pernah terjadi di situ atau di manapun," tepisnya.
Pelantun "F**k You" kini sedang sibuk dengan menjadi juri dalam sebuah rancangan realiti "The Voice" bersama Christina Aguilera. Selain daripada itu penyanyi berusia 38 tahun ini kini dalam perancangan untuk membuat album barunya.


