Dapatkan rambut lebat ikal mayang


Tertanya-tanya bagaimana ingin memiliki rambut tebal ikal mayang seperti yang seringkali dipapar dalam iklan syampu walaupun anda mempunyai rambut nipis? Rambut adalah mahkota wanita paling berharga. Malah ramai wanita yang sanggup berhabis duit demi memiliki rambut idaman. Namun bagi mereka yang tidak memiliki 'simpanan' mencukupi, apa kata ikuti beberapa tips di bawah.

Tukar belahan rambut
Bagi mereka yang berambut nipis, cara mudah untuk menghasilkan ilusi rambut lebat dan memiliki volume adalah menukar sisi belahan rambut anda. Jika anda sering membelah rambut ke kiri, cuba sekali-sekala tukar ke kanan untuk melihat perbezaannya.

Potongan rambut yang sesuai
Anda boleh mencuba potongan berlapis (layer) dan dikemaskan dengan sedikit lekukan di hujung rambut. Apa yang perlu anda elakkan adalah layer yang tajam kerana ia hanya akan menampakkan rambut anda lebih nipis terutama sekali bagi mereka yang berambut lurus. Bagi mereka yang memiliki rambut yang panjang tetapi nipis, apa kata cuba potongan layer pendek kerana potongan ini akan menampakkan lagi volume rambut anda kelihatan tebal.

Biarkan rambut dilepaskan
Bagi mereka yang memiliki rambut panjang tetapi nipis, jangan biasakan mengikat rambut kerana ini hanya akan menyebabkan rambut anda kurang sinaran matahari yang membantu menyihatkan rambut. Malah rambut anda tidak akan sihat kerana kurang udara. Oleh yang demikian, selalulah lepaskan rambut dan biarkan ditiup angin. Lama-kelamaan rambut anda yang kelihatan leper akibat selalu diikat akan kembali normal dan seakan memiliki rambut tebal.

Keringkan rambut gunakan pengering rambut
Terutamanya bagi anda yang membasuh rambut di pagi hari, jangan terus menyikat rambut ketika masih basah, biarkan sementara sehingga lembab. Kemudian barulah anda keringkan rambut menggunakan pengering rambut. Ketika proses pengeringan, jari-jemari haruslah sentiasa membawa rambut keluar agar ianya kelihatan kembang.

Jangan gunakan serum terlalu banyak
Serum memang bagus untuk kesihatan rambut namun jangan calitkan serum ke rambut dengan kuantiti yang banyak kerana ia hanya akan menjadikan rambut anda kelihatan penyek dan leper. Sudahlah rambut nipis, ditambah dengan serum hanya akan mencacatkan kecantikan rambut. Pandai-pandailah ya!

  • Fizo Omar akui sudah putus cinta
    Ashraf Nasser - Tupai
    Fizo Omar akui sudah putus cinta 8 hours ago
    Fizo Omar akui sudah putus cinta

    Pelakon itu memberitahu dia dan kekasih sudah tidak bersama dan hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja.

  • Marsha nafi buang keluarga
    Ashraf Nasser - Tupai
    Marsha nafi buang keluarga 11 hours ago
    Marsha nafi buang keluarga

    Penyanyi dan pelakon popular ini dikatakan buang keluarga selepas membuat keputusan untuk menggunakan nama Marsha Milan dalam dunia seni.

  • Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz
    Ashraf Nasser - Tupai
    Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz 12 hours ago
    Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz

    Aktres muda serahkan kepada keluarga untuk ambil tindakan undang-undang terhadap ibu Afiq Muiz yang enggan mohon maaf atas tuduhan dilemparkan.

  • Jessica Lowndes loves boyfriend sleepovers
    Jessica Lowndes loves boyfriend sleepovers

    Jessica Lowndes and Thom Evans will soon be discussing moving in together.

  • Katherine Heigl wants more kids
    Cover Media
    Katherine Heigl wants more kids 10 hours ago
    Katherine Heigl wants more kids

    Katherine Heigl has dreams of expanding her brood to include biological babies and more adopted children.

  • Menggayakan skirt kulit
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Menggayakan skirt kulit 7 hours ago
    Menggayakan skirt kulit

    Jika bijak menyuaipadankan, skirt kulit boleh digunakan bersama pelbagai rupa, dari cara feminine, seksi dan juga profesional.

  • Koleksi fesyen untuk festival muzik
    Ashraf Nasser - Tupai
    Koleksi fesyen untuk festival muzik 7 hours ago
    Koleksi fesyen untuk festival muzik

    Jenama fesyen dari United Kingdom, Topshop lancar koleksi pakaian untuk festival musim panas dengan bantuan aktres Kate Bosworth.

  • Kebaikan epal hijau
    Ashraf Nasser - Tupai
    Kebaikan epal hijau 7 hours ago
    Kebaikan epal hijau

    Buah-buahan sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan, namun tahukah anda kebaikan epal hijau?

  • Spotify's Top 10 most viral tracks
    The Associated Press - Associated Press
    Spotify's Top 10 most viral tracks 15 minutes ago
    Spotify's Top 10 most viral tracks

    The following list represents the most viral tracks on Spotify, based on the number of people who shared it divided by the number who listened to it, from Monday, May 13, to Sunday, May 19, via Facebook, Tumblr, Twitter and Spotify.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

  • Britney shows off toned bod & yoga skills
    Britney shows off toned bod & yoga skills

    Britney Spears – you are looking smoking. Big round of applause. The singer showed off her toned bod in a series of yoga poses wearing skin tight yoga pants and a crop top. The mother-of-two has been known to have a yo-yo battle with her weight but is looking great as she gears up for a new show in Las Vegas and the release of an upcoming album which she's worked on with will.i.am.

  • Shila Amzah nasihatkan Afiq Muiz supaya insaf

    Penyanyi Shila Amzah telah menasihati rakannya Afiq Muiz supaya tidak mengabaikan keluarganya.

  • Aiskrim untuk sarapan pagi?
    Aiskrim untuk sarapan pagi?

    Nikmatilah sarapan pagi yang sihat tetapi enak dengan kreatif.

  • Kebaikan epal hijau
    Kebaikan epal hijau

    Buah-buahan sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan, namun tahukah anda kebaikan epal hijau?

  • Emma Watson has 'flawless' face
    Emma Watson has 'flawless' face

    Emma Watson’s makeup artist has revealed how she created the star’s flawless look for her latest movie, The Bling Ring.

  • Keluar dengan solekan minimum
    Keluar dengan solekan minimum

    Mungkin ramai berpendapat seseorang selebriti itu perlu sentiasa berdandan dan kelihatan cantik, namun ada berfikiran sebaliknya.

  • Menggayakan skirt kulit
    Menggayakan skirt kulit

    Jika bijak menyuaipadankan, skirt kulit boleh digunakan bersama pelbagai rupa, dari cara feminine, seksi dan juga profesional.