Daripada manga Jepun ke layar perak

Manga atau komik Jepun merupakan antara elemen terpenting budaya pop Jepun. Malah ada sesetengah manga yang lebih sempurna isinya daripada mana-mana buku teks sekolah. Daripada kisah pemerintahan Shogun ke kisah samurai, fiksyen sains dan juga kisah cinta, manga telah menjadi satu daripada tarikan utama produser filem untuk mengadaptasinya ke layar perak.

Kami senaraikan antara manga terbaik yang dijadikan filem.

Death Note

Dengan kejayaan manga "Death Note" ciptaan penulis Tsugumi Ohba dan ilustrasi oleh Takeshi Obata, siri ini diubah menjadi animasi dan sekaligus diangkat menjadi sebuah filem. Melalui filemnya, watak Light Yagami – seorang pelajar sekolah menengah yang menemui sebuah buku mistik milik malaikat maut yang dipanggil "Death Note" yang telah dilakonkan oleh Tatsuya Fujiwara. Pelakon Kenichi Matsuyama pula melakonkan watak L, si detektif genius yang berusaha mengungkai misteri kematian ramai penjenayah yang menjadi mangsa Yagami dan Death Note-nya. Sebuah lagi filem spin-off telah diarahkan oleh pengarah "Ringu", Hideo Nakata bertajuk "L: Change the World". Namun begitu, ramai yang berpendapat filemnya tidak sehebat dan seunik karya asalnya.

20th Century Boys

Big Comic Spirits telah mengeluarkan satu siri manga karya Naoki Urasawa bertajuk "20th Century Boys" ("20 Nijusseiki Shōnen") pada tahun 1999 sehingga 2006. Pada tahun 2008, ia telah diadaptasi menjadi trilogi oleh pengarah Yukihiko Tsutsumi, yang terkenal dengan gaya pengarahannya yang unik melalui adaptasi komik "Trick" beberapa tahun sebelum itu. Ia mengisahkan Kenji Endo dan kawan-kawannya yang menyedari bahawa seorang pengasas ajaran sesat merancang untuk memusnahkan dunia dengan menggunakan idea daripada sebuah buku yang Endo tulis pada zaman kanak-kanak mereka. Tajuk manga/filem ini diilhamkan daripada lagu popular nyanyian kumpulan T.Rex, "20th Century Boy".

Uzumaki

Hasil karya pelukis komik seram Jepun terkemuka Junji Ito, "Uzumaki" atau "Spiral" mengisahkan sebuah pekan kecil Kurozu-cho yang dilanda satu gejala misteri di mana semua penduduknya mula obses dengan apa saja yang berbentuk lingkaran. Kisah yang lebih pelik daripada seram ini telah menarik minat pengarah Higuchinsky dan seterusnya diadaptasi ke filem pada tahun 2000. Namun begitu, kedua-dua manga dan filem memiliki pengakhiran yang berbeza kerana karya Junji Ito ini masih belum selesai ketika ia dijadikan adaptasi filem.

Honey and Clover

"Honey and Clover" atau "Hachimitsu to Kuroba" merupakan manga karya Chika Umino yang sudah tentu akan diadaptasi ke filem atau drama. Anda tidak perlu menekanya, kerana kisah lima sahabat di kolej seni di Tokyo ini seolah-olah dicipta untuk tayangan filem/TV. Bukan sahaja ia difilemkan pada tahun 2006, malah ia juga diadaptasi ke bentuk animasi, drama televisyen dan juga drama televisyen Taiwan. Namun begitu, sekiranya anda tidak menyukai drama cinta yang perlahan dan memiliki pengakhiran yang tidak semuanya indah, ini pastinya bukan filem untuk anda.

Gantz

Segalanya tentang "Gantz" memang aneh. Daripada kisah dua sahabat, Kei Kurono dan Masaru Kato yang mati dalam kemalangan kereta api, dibangkitkan kembali dalam satu dimensi lain untuk satu permainan memburu makhluk asing, jenis-jenis makhluk yang perlu diburu (ada yang berbentuk lobak, berbentuk robot dan juga patung dewa 1000 tangan), sehinggalah pelbagai jenis senjata yang digunakan untuk permainan tersebut, semuanya akan membuat anda berkerut dahi ketika menonton filem ini. Namun keanehan inilah yang menyebabkan siri manga karya Hiroya Oku dipilih untuk adaptasi filem. Melalui filem ini, watak Kei dilakonkan oleh ahli kumpulan Arashi, Kazunori Ninomiya ("Letters of Iwo Jima") dan Kato pula dilakonkan oleh Kenichi Matsuyama, aktor yang sama yang memegang watak L dalam "Death Note".

Kakashi

Sebuah lagi adaptasi manga daripada pelukis komik seram terkenal, Junji Ito. "Kakashi" telah diterbitkan pada hari Halloween pada tahun 1998 sebagai satu daripada cerita pendek siri "Junji Ito Horror Comic Collection, Volume 4: The Face Burglar". Kisah ini diilhamkan daripada "Kakashi Matsuri" atau "Festival Orang-Orang" dan diarahkan oleh pengarah filem "Premonition" (2004), Tsuruta Norio.

Oldboy

Ramai yang tidak sedar bahawa filem yang memenangi Grand Prix di Festival Cannes arahan Park Chan-wook ini sebenarnya adalah adaptasi semula sebuah komik Jepun karya Nobuaki Minegishi dan Garon Tsuchiya. Bukan sahaja ia diangkat sebagai antara Sepuluh Filem Asia Terbaik oleh CNN, malah "Oldboy" juga telah diolah semula oleh Hollywood dan diarahkan oleh Spike Lee dan dikatakan bakal dilakonkan oleh Will Smith. Filem mengisahkan seorang lelaki bernama Oh Dae-su/Shinichi Goto yang ingin membalas dendam selepas dikurung selama 15 tahun ini juga tidak sesuai untuk tontonan umum kerana elemen ganasnya.

Rurouni Kenshin

Pada 28 Jun 2011, Warner Bros. telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan filem adaptasi animasi terkenal ini, yang juga turut dikenali sebagai "Samurai X". Ia diarahkan oleh pengarah "Kamen Rider Den-O", Keishi Ōtomo dan dibintangi Takeru Satoh sebagai si samurai kegemaran ramai, Kenshin Himura yang enggan membunuh lagi. Aktor Munetaka Aoki akan memainkan peranan sebagai Sanosuke Sagara dan Emi Takei sebagai kekasihnya, Kaoru. Ia bakal ditayangkan pada 25 Ogos 2012. Siapa yang tidak sabar menantikannya, angkat tangan!

You're My Pet

Anda mungkin jatuh cinta dengan watak si pemuda selamba Kang In-ho lakonan Jang Geun-suk atau Kim Ha-neul yang jelita dalam filem Korea yang ditayangkan tahun lalu. Namun filem ini sebenarnya merupakan adaptasi sebuah komik Jepun genre josei karya Yayoi Ogawa yang bertajuk "Kimi Wa Petto". Josei bermaksud genre manga yang dikeluarkan untuk wanita dewasa dan lebih realistik berbanding shojo, yakni genre untuk remaja perempuan. Ketika filem ini ditayangkan, ia menimbulkan kontroversi apabila South Korean Men Association menempelak filem ini dan memfailkan injunksi atas tuduhan ia merendahkan martabat kaum lelaki kerana watak Jang Geun-suk yang dilayan seperti anjing peliharaan.

Initial D

Ketika "Initial D" ditayangkan pada tahun 2005, ia mendapat sambutan hangat, sekaligus menaikkan nama penyanyi mando R&B Taiwan, Jay Chou di peringkat antarabangsa. Namun begitu, "Initial D" bukanlah manga yang asing buat penggemar komik Jepun kerana komik karya Shigeno Shuichi yang diterbitkan oleh Kodansha's Young Magazine pada tahun 1995 ini telah pun mendapat tempat di hati para peminat sejak sekian lama. Malah, disebabkan populariti tersebutlah yang menyebabkan ia dipilih untuk diadaptasi, apatah lagi pada tahun tersebut, filem-filem tentang perlumbaan kereta menjadi pilihan ramai.

  • Fizo Omar akui sudah putus cinta
    Ashraf Nasser - Tupai
    Fizo Omar akui sudah putus cinta 15 hours ago
    Fizo Omar akui sudah putus cinta

    Pelakon itu memberitahu dia dan kekasih sudah tidak bersama dan hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja.

  • Marsha nafi buang keluarga
    Ashraf Nasser - Tupai
    Marsha nafi buang keluarga 17 hours ago
    Marsha nafi buang keluarga

    Penyanyi dan pelakon popular ini dikatakan buang keluarga selepas membuat keputusan untuk menggunakan nama Marsha Milan dalam dunia seni.

  • Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz
    Ashraf Nasser - Tupai
    Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz 18 hours ago
    Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz

    Aktres muda serahkan kepada keluarga untuk ambil tindakan undang-undang terhadap ibu Afiq Muiz yang enggan mohon maaf atas tuduhan dilemparkan.

  • Robert Pattinson ‘showing no sadness’
    Robert Pattinson ‘showing no sadness’

    Robert Pattinson spent Monday night relaxing with friends at a Hollywood nightclub and didn’t appear to give his ex-girlfriend Kristen Stewart a second thought.

  • Ashley Tisdale ‘fearing for life’
    Ashley Tisdale ‘fearing for life’

    Ashley Tisdale is scared that an obsessed fan will use a gun on her and her boyfriend Christopher French.

  • Menggayakan skirt kulit
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Menggayakan skirt kulit 13 hours ago
    Menggayakan skirt kulit

    Jika bijak menyuaipadankan, skirt kulit boleh digunakan bersama pelbagai rupa, dari cara feminine, seksi dan juga profesional.

  • Koleksi fesyen untuk festival muzik
    Ashraf Nasser - Tupai
    Koleksi fesyen untuk festival muzik 14 hours ago
    Koleksi fesyen untuk festival muzik

    Jenama fesyen dari United Kingdom, Topshop lancar koleksi pakaian untuk festival musim panas dengan bantuan aktres Kate Bosworth.

  • Kebaikan epal hijau
    Ashraf Nasser - Tupai
    Kebaikan epal hijau 14 hours ago
    Kebaikan epal hijau

    Buah-buahan sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan, namun tahukah anda kebaikan epal hijau?

  • Halal food production on rise in the Balkans
    Rusmir Smajilhodzic - AFP News
    Halal food production on rise in the Balkans 31 minutes ago
    Halal food production on rise in the Balkans

    Trying to fight back against the persistent economic crisis in the Balkans, food producers here have turned towards halal food, targeting rising demand from markets in Western and Muslim countries.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Britney shows off toned bod & yoga skills
    Britney shows off toned bod & yoga skills

    Britney Spears – you are looking smoking. Big round of applause. The singer showed off her toned bod in a series of yoga poses wearing skin tight yoga pants and a crop top. The mother-of-two has been known to have a yo-yo battle with her weight but is looking great as she gears up for a new show in Las Vegas and the release of an upcoming album which she's worked on with will.i.am.

  • Shila Amzah nasihatkan Afiq Muiz supaya insaf

    Penyanyi Shila Amzah telah menasihati rakannya Afiq Muiz supaya tidak mengabaikan keluarganya.

  • Aiskrim untuk sarapan pagi?
    Aiskrim untuk sarapan pagi?

    Nikmatilah sarapan pagi yang sihat tetapi enak dengan kreatif.

  • Kebaikan epal hijau
    Kebaikan epal hijau

    Buah-buahan sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan, namun tahukah anda kebaikan epal hijau?

  • Menggayakan skirt kulit
    Menggayakan skirt kulit

    Jika bijak menyuaipadankan, skirt kulit boleh digunakan bersama pelbagai rupa, dari cara feminine, seksi dan juga profesional.

  • Emma Watson has 'flawless' face
    Emma Watson has 'flawless' face

    Emma Watson’s makeup artist has revealed how she created the star’s flawless look for her latest movie, The Bling Ring.

  • Melissa McCarthy ‘fires extra’
    Melissa McCarthy ‘fires extra’

    Melissa McCarthy reportedly sacked a female extra getting paid $58 per day to work on Tammy because she disagreed with her parenting.