18 Feb – Selepas pergaduhan dua bintang sensasi Indonesia, Dewi Perssik (Depe) dan Julia Perez (Jupe) dibicara di pengadilan, kini pihak pendakwaraya menuntut agar Depe dipenjarangkan selama enam bulan kerana didapati bersalah mendatangkan kecederaan kepada Jupe.
Pergaduhan mereka tercetus ketika sedang menjalani penggambaran filem "Arwah Goyang Kerawang" di mana Depe dikatakan telah mencakar dan menarik rambut Jupe.
Dipetik daripada Kapan Lagi, Depe dikatakan berusaha agar sentiasa berada dalam keadaan tenang dan tidak beremosi selepas mendengar tuntutan tersebut di perbicaraan yang diadakan di Pengadilan Negeri, Jakarta Timur baru-baru ini.
"Ada rasa dendam," ujar Depe sambil ketawa.
"Kalau sekadar tuntutan, tiada masalah kerana yang penting, ia belum ada keputusan atau ketetapan yang sah. Bagi saya wajar apabila pihak penuntut meminta hukuman sebagainya. Namun keputusan tetap akan dibuat oleh mahkamah."
Pemilik nama Dewi Murya Agung ini turut berharap agar tuntutan ini tidak terlaksana dan akan memastikan kebenaran dapat ditegakkan. Baginya, tuduhan yang sudah berjalan selama dua tahun ini harus diakhiri secepat mungkin.


