MENJADI selebriti terkenal seperti Erra Fazira memang ada banyak 'bayaran' yang perlu dibuat olehnya. Terkenal, maka seluruh isi cerita kehidupannya, bukan sekadar kisah kerjaya mahu diketahui khalayak. Ini termasuklah kisah rumah tangganya bersama Engku Emran yang dibina pada tahun 2007.
Bukan sekali dua, malah sejak berkahwin sehingga kini mempunyai seorang anak, Engku Aleesya yang telah berusia tiga tahun, kisah rumah tangga Erra hangat menjadi bualan. Spekulasi bertebaran tanpa henti, konon rumah tangganya kini berantakan.
Ada yang mendakwa pasangan tersebut telah mendapat khidmat kaunseling untuk memulihkan kerukunan rumah tangga mereka yang semakin dingin. Lebih dashyat bila ada dakwaan yang mengatakan Erra kini telah dimadukan oleh Emran. Juga, tidak ketinggalan, bertiup gosip tentang mereka kini sudah tidak tinggal sebumbung.
Rimas. Itu perkataan yang terpacul dari mulut Erra saat ditanya tentang isu tersebut. Tanpa berselindung Erra mengakui dia tidak tahu mengapa sejak dahulu kisah kononnya rumah tangga dia dan Emran berantakan terus ditimbulkan.
Ujar Erra lagi: "Kata-kata itu umpama satu doa. Apa kata kita doa yang baik-baik saja untuk rumah tangga saya," katanya penuh diplomatik.
Ulas Erra lagi, bohong kalau dia katakan bahawa rumah tangganya tidak pernah dilanda badai. Namun itu adalah hal normal yang turut dialami oleh setiap pasangan berkahwin.
"Tapi nampaknya orang luar lebih mengetahui banyak spekulasi rumah tangga saya. Dan saya rasa, sebagai seorang isteri, saya juga tidak mahu bercakap tentang hal rumah tangga kepada orang luar. Saya sangat berharap agar semua pihak memahami keadaan saya," katanya lagi.
Erra Fazira dan suami menggunakan perkhidmatan kaunseling?
Mengaku kadang hatinya sedikit rapuh apabila terlalu kerap orang bercakap tentang rumah tangganya, Erra hanya mahu mengelakkan cerita seperti itu memberi impak negatif kepada perkembangan anaknya, Aleesya. Justeru, sebolehnya dia akan memberi perhatian kepada Aleesya dengan sebaik mungkin.
Malah Erra yang muncul dengan telemovie 'Parut Ashikin' berganding pertama kali dengan aktor Eman Manan memberitahu, jika khalayak ingin sangat mengetahui tentang keadaan rumah tangganya, elok ia ditanya sendiri kepada suaminya, Emran. Emran bagaimanapun gagal dihubungi dan tidak membalas sms yang dihantar kepadanya.
Bagi melepaskan tekanan terhadap isu yang tidak berpenghujung, Erra memberitahu dia lebih senang menyibukkan diri dengan kerjayanya.
Ujar aktres berusia 38 tahun itu, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama 'Mencari Juwita' dan 'Pontianak Beraya'. Dalam masa yang sama, dia juga sedang mempersiapkan diri untuk menjadi Tun Siti Hasmah untuk teater Tun Siti Hasmah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 30 Ogos hingga 8 September ini.
Dalam perkembangan lain Emran tidak dapat dihubungi untuk memberi komen. Teks pesanan ringkas yang dilayangkan pada beliau minggu lepas tidak terbalas.
Erra Fazira: 'Doakan rumahtangga kami'
By Kleopatra Zachariah | Yahoo Newsroom – Mon, Jun 18, 2012 2:26 PM MYTComments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.
- CANNES: Eva Longoria suffers no pants fashion flash at Cannes Film Fes …
© Getty - HandbagEva Longoria hit the rainy red carpet at Cannes Film Festival last night, but caught herself in a flesh-flashing fashion mishap while climbing the stairs.Joining fellow L'Oreal face Cheryl Cole at the premiere of Jimmy P. (Psychotherapy Of A Plains Indian), Eva lifted her split-to-the-thigh dress while ascending the steps to the screening, but sadly hitched things a little too high.At the front.No underwear and a hoard of photographers? Yes, we imagine you can guess what
- Shila Amzah nasihatkan Afiq Muiz supaya insaf
Penyanyi Shila Amzah telah menasihati rakannya Afiq Muiz supaya tidak mengabaikan keluarganya.
- Britney shows off toned bod & yoga skills
Britney Spears – you are looking smoking. Big round of applause. The singer showed off her toned bod in a series of yoga poses wearing skin tight yoga pants and a crop top. The mother-of-two has been known to have a yo-yo battle with her weight but is looking great as she gears up for a new show in Las Vegas and the release of an upcoming album which she's worked on with will.i.am.

