Faizal Tahir bukan digam tapi ‘direhatkan’


MINGGU lalu, penyanyi pop dan komposer Faizal Tahir telah dikaitkan dengan khabar angin bahawa dia telah digam oleh sebuah stesen televisyen swasta.

Khabar angin itu bagaimana pun tidak dapat disahkan kerana tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh stesen TV berkenaan. Malah pihak media juga belum bersedia melaporkan mengenai kesahihan spekulasi itu selagi belum disahkan oleh pihak televisyen atau Faizal sendiri. 

Usaha Yahoo! Malaysia untuk mendapatkan Faizal minggu lalu tidak berjaya. Hanya pengurusnya yang dikenali sebagai Jeff menjawab bagi pihak penyanyi itu.

“Maaf saya tidak dapat berkongsi apa-apa maklumat kerana Faizal enggan memberikan sebarang komen buat masa ini.”

BACA:
Adakah Faizal Tahir 'digam' sebuah stesen TV?

Penyanyi popular Rossa terpaksa membuka tudungnya
Adakah Miera Liyana disingkir dari Hip TV?
Shila Amzah mencarut di akaun Instagramnya

Diam tak diam, rupa-rupanya ada satu lagi perkembangan terbaru ini sememangnya agak mengejutkan.

Menurut sumber, satu mesej dalaman berbentuk emel telah dikeluarkan dari sebuah jabatan di stesen TV tesebut kepada jabatan lain yang antara kandungannya membayangkan bahawa sebarang aktiviti seni bintang kelahiran musim kedua program realiti,  ‘One in a Million’ terbitan 8TV itu perlu ‘dihentikan buat sementara waktu’.

Mesej itu turut menyebut bahawa sebarang penyiaran program seni yang membabitkan Faizal di stesen TV berkenaan juga harus dihentikan buat sementara waktu.

Menurut sumber lain, perkembangan itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pembabitan Faizal dalam satu persembahan anjuran sebuah parti politik tidak lama dulu.