Fakta menarik "The Dark Knight Rises"

Pengarah British, Christopher Nolan memang lain daripada yang lain apabila dia memilih untuk menunjukkan sisi gelap bagi watak adiwira dan antagonis kegemaran ramai ini. "The Dark Knight Rises" merupakan filem ketiga dan terakhir dalam trilogi "Batman" arahan Nolan ini dan sebelum anda menontonnya, kami senaraikan beberapa trivia pra-produksi filem ini yang bakal ditayangkan pada 19 Julai 2012.

1. Christian Bale mengatakan dia enggan memainkan peranan sebagai Batman sekiranya watak Robin diwujudkan. Oleh kerana itu pengarahnya Christopher Nolan bersetuju untuk tidak menghidupkan watak Robin kerana takut kehadiran Robin akan mengurangkan impak nuansa gelap trilogi ciptaannya.

2. Antara sebab Tom Hardy telah dipilih Nolan untuk watak Bane adalah kerana prestasi lakonannya dalam filem "RocknRolla", tapi Hardy menyangka Nolan memilihnya kerana lakonannya dalam "Bronson", sedangkan Nolan tidak pernah pernah menonton filem tersebut.

3. Christopher Nolan merupakan pengarah pertama yang berjaya melengkapkan trilogi filem "Batman". Namun dia merupakan pengarah kedua yang berjaya melengkapkan trilogi filem genre adiwira. Tempat pertama jatuh kepada Sam Raimi untuk trilogi "Spiderman".

4. Pada awalnya, Anne Hathaway telah dipilih untuk memainkan watak Black Cat dalam filem keempat "Spiderman". Namun begitu, dengan pembatalan filem tersebut, dia ditawarkan watak Catwoman dalam filem ini pula.

5. Antara barisan pelakon yang diujibakat untuk memegang peranan Catwoman termasuk Jessica Biel ("The A-Team"), Gemma Arterton ("Clash Of The Titans"), Kate Mara ("American Horror Story") dan Keira Knightley ("Pirates Of The Caribbean"). Namun begitu, Anne Hathaway akhirnya berjaya memenangi peranan tersebut.

6. Antara barisan pelakon wanita yang dicadangkan untuk watak Miranda Tate pula termasuk Kate Winslet, Naomi Watts, Rachel Weisz dan Marion Cotillard. Namun begitu, Cotillard telah dipilih untuk memainkan watak tersebut, apatah lagi Nolan sudah biasa bekerja dengan Cotillard melalui filem "Inception". Cotillard memulakan proses penggambaran dua bulan selepas kelahiran anaknya, Marcel.

7. Menurut Gary Oldman yang melakonkan watak Jim Gordon, Christopher Nolan telah mendedahkan sendiri pengakhiran filem sebelum ia dimulakan bagi mengelak daripada sebarang kekurangan dan pembocoran di media.

8. Pelakon lagak ngeri untuk Anne Hathaway telah merosakkan satu daripada kamera IMAX apabila Batpod yang ditungganginya menghentam kamera tersebut. Ini kali kedua sebuah kamera IMAX dirosakkan. Sebelum ini satu daripada kamera IMAX mereka rosak ketika merakam babak kejar-mengejar antara trak The Joker dan batmobile dalam "The Dark Knight".

9. Antara pelakon yang dicadangkan untuk watak John Blake termasuk Joseph Gordon-Levitt ("Inception"), Leonardo DiCaprio ("Inception"), Ryan Gosling ("The Notebook") dan Mark Ruffalo ("The Avengers") sebelum produksi membuat keputusan untuk memilih Gordon-Levitt.

10. Menurut Nolan, dia memilih Bane sebagai antagonis Batman dalam filem terakhir ini untuk menguji Batman dari sudut fizikal dan mentalnya.

11. Anne Hathaway menjadikan Hedy Lamarr sebagai inspirasi lakonannya sebagai Catwoman. Heddy Lamar juga merupakan pelakon wanita era 40-an yang menjadi inspirasi pencipta Catwoman untuk watak tersebut.

12. Christopher Nolan menawarkan peluang untuk James Newton Howard ("The Hunger Games", "Green Lantern") menghasilkan muzik latar filem ini bersama Hans Zimmer seperti yang dilakukannya dalam "Batman Begins" dan "The Dark Knight". Namun selepas melihat kolaborasi hebat antara Nolan dan Zimmer dalam "Inception", dia merasakan dia mungkin hanya akan mengganggu.

13. Tom Hardy menerima watak Bane tanpa membaca skrip. Dia terus menerimanya apabila diberitahu yang dia akan mendapat akses untuk menerima latihan lagak ngeri dan menggunakan peralatan yang akan disediakan.

14. Ini merupakan filem kelima Nolan bersama pelakon Michael Caine. Filem lain adalah "Batman Begins", "The Prestige", "The Dark Knight" dan "Inception".

  • Maskara kekal selama 72 jam
    Siti Munawirah Mustaffa - Tupai
    Maskara kekal selama 72 jam 13 hours ago
    Maskara kekal selama 72 jam

    Maskara yang diperbuat dengan menggunakan teknologi 'PermaHold' ini boleh kekal di bulu mata selama 72 jam.

  • Keluar dengan solekan minimum
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Keluar dengan solekan minimum Sat, May 18, 2013 9:44 AM MYT
    Keluar dengan solekan minimum

    Mungkin ramai berpendapat seseorang selebriti itu perlu sentiasa berdandan dan kelihatan cantik, namun ada berfikiran sebaliknya.

  • Baskin Robbins' Movie Popcorn
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Baskin Robbins' Movie Popcorn Fri, May 17, 2013 5:33 PM MYT
    Baskin Robbins' Movie Popcorn

    To all popcorn and ice cream lovers, the time for a combination of the two has come! The folks at Baskin Robbins have managed to mix your favourite movie snack with your favourite frozen dessert into their new Movie Theatre Popcorn flavor, which is also their flavour of the month! The Movie Theatre Popcorn ice cream tastes like corn-flavoured ice cream, but with a crunchy kick to it. It is described as vanilla ice cream blended with popcorn, swirled with a savory caramel ribbon, and loaded with

  • Dior presents cruise fashions amid stars in Monaco
    NEKESA MUMBI MOODY - Associated Press
    Dior presents cruise fashions amid stars in Monaco 2 hours 11 minutes ago
    Dior presents cruise fashions amid stars in Monaco

    MONACO (AP) — The glittering star power of Cannes migrated up the coast to Monaco for front-row seats at Dior's colorful, sexy cruise fashion show.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.