GEORGE TOWN, 19 Okt (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP)
mempelawa pemain muda berbakat menyertai pasukan bola sepak negeri bawah 21
tahun dalam saingan Piala Presiden 2013.
Setiausaha Eksekutif FAP, Datuk Mohd Junid Mohd Noor berkata pemilihan baru
akan diadakan pada 22 dan 23 Okt ini di Padang Sekolah Penang Free School mulai
4 petang hingga 7 petang.
"Ia terbuka kepada semua anak negeri Pulau Pinang, lahir pada tahun 1992 dan
selepasnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
SAY3 NAW RAM

