Fasha enggan ulas isu tak dapat restu

4 May- Pada 27 April lalu, tamatlah sudah kisah percintaan yang penuh kontroversi antara Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) apabila mereka akhirnya mengikat tali pernikahan di Hotel Crowne Plaza Mutiara.

Majlis yang cuma dihadiri rakan media, rakan-rakan artis dan keluarga terdekat itu dilangsungkan dengan sederhana tetapi meriah.

Walaubagaimanapun, melalui petikan dari mStar, tidak sampai seminggu mereka melayari bahtera perkahwinan, Fasha telah pun dilanda gosip yang mengatakan perkahwinannya dengan Jejai, iaitu anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib tidak mendapat restu.

Apabila disoal mengenai isu ini, Fasha cuma menjawab, "Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," ujarnya ringkas ketika semsa majlis pelancaran drama bersiri Seindah Sakura di Sri Pentas baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, cuma melihat kehadiran bapa Jejai sebagai wakil pihak lelaki, sebaliknya ibu Jejai, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak kelihatan. Oleh sebab itu, timbul spekulasi yang mengatakan keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan mereka.

Selain itu, Fasha berkata dia dan Jejai akan berangkat ke Pulau Redang, Terengganu pada minggu hadapan untuk berbulan madu.

Fasha juga menambah yang dia teruja untuk dapat berlakon semula dalam drama "Seindah Sakura" yang diarahkan oleh Zul Zuhaimy kerana dia senang bekerja dengan pengarah muda tersebut. Malah Zul memahami kehendak pelakon dan senang menerima pendapat para pelakon dalam membuat drama itu lebih baik.

  • Macaron atau Macaroon?
    Armani Shahrin - Tupai
    Macaron atau Macaroon? 8 hours ago
    Macaron atau Macaroon?

    Tiba masanya untuk mengetahui perbezaan di antara Macaron dan Macaroon.

  • Aiskrim untuk sarapan pagi?
    Armani Shahrin - Tupai
    Aiskrim untuk sarapan pagi? 8 hours ago
    Aiskrim untuk sarapan pagi?

    Nikmatilah sarapan pagi yang sihat tetapi enak dengan kreatif.

  • Maskara kekal selama 72 jam
    Siti Munawirah Mustaffa - Tupai
    Maskara kekal selama 72 jam Sun, May 19, 2013 10:26 AM MYT
    Maskara kekal selama 72 jam

    Maskara yang diperbuat dengan menggunakan teknologi 'PermaHold' ini boleh kekal di bulu mata selama 72 jam.

  • Prince reigns over own music releases in new deal
    Prince reigns over own music releases in new deal

    LONDON (Reuters) - U.S. singer Prince has signed a new deal with Kobalt Music Group to market and distribute his future work without giving up control over his rights, the company said on Monday. The singer-songwriter, who is famed for changing his name to an unpronounceable symbol in a wrangle over musical rights, will release his own work as well as a slate of new music by other artists that he produces, Kobalt said. ...

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.