![]() |
4 Sept – Festival Gourmet Antarabangsa Malaysia (MIGF) sekali lagi bakal mengadakan festival makanan di Malaysia.
Festival yang menghimpunkan pelbagai hidangan dari restoran terbaik seluruh Malaysia diberi nama "Theatre Of Cuisines" merupakan antara festival terbesar pernah dianjurkan.
Bagi mereka yang sememangnya menggemari makanan dan juga gemar mencuba pelbagai makanan dari serata dunia rasanya festival ini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda kunjungi untuk merasai sendiri keunikan hidangan dan rasa makanan di sana.
Antara aktiviti lain yang turut dianjurkan nanti adalah demo masakan, percubaan makanan dan bermacam-macam lagi yang pasti memberikan seribu satu kenangan indah bagi mereka yang gemar mencuba sesuatu yang baru.
![]() |
Caranya amat mudah, untuk merasai makanan di sana anda hanya perlu membeli token rasa yang beharga RM 5 sekeping manakala bagi mereka yang mahukan lebih banyak peluang boleh membeli buku kecil yang dijual dengan harga RM50 untuk satu buku kecil berisi 10 token.
Buku kecil itu boleh dibeli di stesen token rasa yang dibuka di sana ataupun boleh membeli melalui secara online melalui ejen rasmi mereka.
Festival akan berlangsung pada 28 September ini bermula pada jam 11 pagi hingga 3 petang dan dibuka semula pada jam 6 petang hingga 11 malam bertempat di pusat konvensyen Sunway Pyramid.





Best Travel Stories