Fesyen Summeraya yang terkini!

26 Jun – Tidak tahu fesyen raya apa yang ingin digayakan bagi tahun ini? Apa kata cuba belek dan selidik setiap fesyen yang ada diketengahkan oleh beberapa pereka fesyen terkenal tanah air.

Bagi yang tidak mengenali Rico Rinaldi, beliau adalah pereka muda yang mula berjinak di dalam dunia perekaan fesyen ketika masih menuntut di salah sebuah kolej tempatan sekitar tahun 2006.

Selepas berjaya memenangi beberapa anugerah penghargaan, kini beliau kembali dengan rekaan baju raya yang terkini untuk koleksi Summeraya bagi tahun 2012. Pakaian yang direka bukan sahaja menepati citarasa pelanggan malahan kualiti yang diberikan juga amat memuaskan.

Kelainan yang diterapkan bagi koleksi Summeraya 2012 sememangnya khusus bagi wanita tidak kira umur. Koleksi yang menggabungkan elemen tradisional dan alam semulajadi pasti akan meninggalkan kenangan manis di pagi raya kelak.

Pakaian yang menggunakan kain dari warna lembut Chiffon dan warna semulajadi dipadankan dengan kain cotton dan ditambah dengan corak tribe yang sememangnya bakal memberikan anda keseronokan ketika di pagi raya mahupun berkunjung ke rumah sanak saudara.

Selain daripada baju kurung, rekaan kaftan turut dijual dengan tenunan rapi menggunakan material baju yang berkualiti serta corak yang masih mengekalkan elemen nostalgia memang antara taruhan koleksi raya Rico Rinaldi pada tahun ini.

Koleksi pakaian mahupun tempahan raya boleh berkunjung terus ke butik Rico Rinaldi di Pusat Hentian Kajang, Phase 3, Jalan Bangi, di Kajang Selangor. Turut menerima tempahan pakaian untuk persandingan dan juga majlis korporat.

  • Macaron atau Macaroon?
    Armani Shahrin - Tupai
    Macaron atau Macaroon? 7 hours ago
    Macaron atau Macaroon?

    Tiba masanya untuk mengetahui perbezaan di antara Macaron dan Macaroon.

  • Aiskrim untuk sarapan pagi?
    Armani Shahrin - Tupai
    Aiskrim untuk sarapan pagi? 7 hours ago
    Aiskrim untuk sarapan pagi?

    Nikmatilah sarapan pagi yang sihat tetapi enak dengan kreatif.

  • Maskara kekal selama 72 jam
    Siti Munawirah Mustaffa - Tupai
    Maskara kekal selama 72 jam Sun, May 19, 2013 10:26 AM MYT
    Maskara kekal selama 72 jam

    Maskara yang diperbuat dengan menggunakan teknologi 'PermaHold' ini boleh kekal di bulu mata selama 72 jam.

  • Music Review: Hart, Bonamassa simmer on 'Seesaw'
    RON HARRIS - Associated Press
    Music Review: Hart, Bonamassa simmer on 'Seesaw' 27 minutes ago
    Music Review: Hart, Bonamassa simmer on 'Seesaw'

    Beth Hart and Joe Bonamassa, "Seesaw" (J&R Adventures)

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.