![]() |
11 Jul - Bakat dan kreativiti yang dimiliki oleh pereka muda terkenal Syaiful Baharim tidak boleh dipertikaikan lagi apabila pelakon popular tanah air, Maya Karin menerima tawaran untuk menyertai kempen meraikan hari lebaran pada tahun ini.
Siapa tidak kenal dengan pelakon jelita Maya Karin yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Paling Popular Berita Harian 2011 yang pasti bertambah ayu dengan 12 persalinan rekaan baju raya dari Syaiful Baharim yang bertemakan taman bunga-bungaan indah.
Bersesuaian dengan pencapaian serta latar belakang pelakon jelita ini, koleksi kali ini menggunakan tema primadona Melayu Alaf Baru sebagai penghormatan kepada aktres itu.
Dipetik dari laporan portal hiburan Murai, Pengarah Urusan Baharim & Co Sdn Bhd, Megat Alfie berkata, koleksi Syawal kali ini sangat istimewa kerana menampilkan Maya Karin dalam penampilan cukup glamor sesuai dengan keterampilannya sebagai primadona filem Melayu.
"Kami memilih Maya Karin adalah kerana merasakan dia antara selebriti wanita yang paling sesuai untuk menggayakan busana raya yang bertemakan primadona ini."
"Bukan sahaja memiliki susuk tubuh yang menawan malahan dia turut memiliki bakat lakonan yang tidak perlu dipertikaikan lagi."
"Koleksi baju kali ini menampilkan rekaan mewah yang mengenegahkan elemen bungaan yang indah serta warna yang ceria untuk menaikkan lagi keayuan asli si pemakai."
Bukan sahaja dari segi pakaian dititikberatkan oleh pereka Syaiful Baharim, malah dia sendiri mengatur cara solekan seakan primadona kepada Maya Karin untuk digayakan serta menyarungkan pakaian busana mewah khas untuk edisi raya tahun ini.



Best Travel Stories