17 Ogos - Filem arahan pengarah terkenal, Edry Abdul Halim "29 Februari" bakal ditayangkan di negara Kota Singa, Singapura.
Ianya disahkan sendiri oleh pihak pengurusan dan komunikasi KRU Studios yang memberitahu bahawa filem "29 Februari" akan mula ditayangkan pada 6 September, iaitu seminggu selepas tayangannya di Malaysia.
Selepas mengarah filem muzikal "Magika", Edry menampilkan kelainan pada filem terbarunya ini dengan menggunakan konsep elemen Streeskopik 3D.
Dibintangi oleh Remy Ishak dan juga Jojo Goh, filem yang berkisar mengenai kehidupan seorang anak muda yang terpaksa berhadapan dengan umurnya setelah di dilahirkan pada 29 Februari dimana umurnya meningkat hanya empat tahun sekali.
Filem yang akan diedarkan sendiri oleh pihak KRU Singapura di sana bakal menemui penonton di lebih 6 panggung wayang seluruh Singapura bermula 6 September ini.


