Filem inspirasi jenayah peminat

Dunia dikejutkan dengan tragedi mengerikan di Colorado, Amerika Syarikat pada 20 Julai yang lalu apabila seorang pemuda bernama James Holmes telah memecah masuk ke dalam sebuah pawagam yang sedang menayangkan filem "The Dark Knight Rises" dan menembak para penonton dengan membabi buta, menyebabkan kecederaan pada 58 orang awam dan mengorbankan 12 nyawa. Ketika dia ditangkap, Holmes yang berambut merah dilaporkan mengakui dirinya The Joker, dan menyebabkan media membuat spekulasi bahawa dia merupakan seorang lagi manusia psikotik yang terpengaruh dengan filem yang ditontonnya.

Namun Holmes bukan peminat filem pertama yang mendapat ilham jenayahnya melalui filem.

Kami senaraikan antara filem-filem yang pernah menjadi inspirasi beberapa siri jenayah di Amerika Syarikat.

NATURAL BORN KILLERS (1994)

Aneh sekali, apabila filem ini sendiri sebenarnya diinspirasikan daripada kisah pasangan jenayah sebenar, Charles Starkweather dan Caril Anne Fugate. Namun selepas penayangan filem ini, ia menjadi sumber begitu banyak kes jenayah melibatkan pasangan kekasih.

Antara kes yang popular ialah jenayah yang dilakukan pasangan Sarah Edmonson dan Benjamin Darrus. Edmonson dan Darus telah membunuh dua orang mangsa selepas menonton filem tersebut beberapa kali dan mengambil dadah jenis LSD. Ia juga mempengaruhi para penembak dalam kes pembunuhan besar-besaran di Columbine pada tahun 1999 apabila para penyiasat menemui jurnal Eric Harris dan Dylan Klebold yang tertulis "Going NBK" yang menandakan permulaan serangan mereka. Sementara itu, dalam sebuah pita audio, pembunuh Jeremy Steinke mendakwa bahawa penyembelihan ibu bapa dan abang teman wanitanya merupakan pembuktian cintanya seperti dalam filem tersebut.

Selain tiga kes ini, ia juga mempengaruhi beberapa kes jenayah seperti kes Nathan Martinez yang membunuh ibu dan kakaknya selepas menjadi obses dengan filem tersebut, Angus Wallan dan Kara Winn yang telah membunuh rakan sebilik mereka dan Eric Tavulares yang membunuh rakannya Lauren Aljubouri ketika mereka sedang menonton filem tersebut.

CHILD'S PLAY (1988)

Kisah tentang anak patung pembunuh itu telah mempengaruhi pembunuh bersiri Australia yang bernama Martin Bryant, apabila dia membunuh 35 orang awam dalam satu kejadian di Port Arthur pada tahun 1996. Dilaporkan Bryant menjadi obses dengan karakteristik keanak-anakan patung tersebut dan pakar psikiatri telah melaporkan bahawa filem tersebut menjadi satu daripada faktor yang menyebabkan kes di Port Arthur tersebut.

Manakala pada tahun 1992, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun bernama Jamie Bulger maut apabila dibaling dengan batu oleh dua peminat filem tersebut yang berusia 10 tahun di Liverpool. Di Manchester pula, seorang gadis berusia 16 tahun bernama Suzanne Capper diseksa sebelum dibakar oleh pelaku yang terus-menerus mengatakan, "I'm Chucky. Chucky wants to play" ("Saya Chucky. Saya nak bermain.")

A CLOCKWORK ORANGE (1971)

Selepas filem ini ditayangkan pada tahun 1971, terlalu banyak jenayah yang berlaku dan dikaitkan dengan filem ini sehingakan pengarahnya, Stanley Kubrick sendiri telah menarik filem tersebut dari tayangan di Britain.

Antara jenayah yang telah mengambil inspirasi dari filem ini berlaku pada tahun 1973. Pertama, beberapa orang pemuda berusia 16 tahun meniru babak dalam filem ini dengan menyerang seorang gelandangan, memakai pakaian seragam yang sama dengan watak-watak dalam filem ini dan menikam seorang budak yang lebih muda daripada mereka. Sementara itu, di Lancashire, seorang gadis Belanda diperkosa secara beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki yang menyanyikan lagu "Singin' in the Rain", lagu yang dinyanyikan oleh watak Alex dalam satu babak filem ini.

THE BASKETBALL DIARIES (1995)

Dalam "The Basketball Diaries", Leonardo DiCaprio melakonkan watak pemain bola keranjang berbakat yang semakin jatuh akibat ketagihan heroin. Dalam satu babak filem ini, DiCaprio bermimpi di mana dia memakai kot trench hitam dan memasuki sebuah kelas dengan sebatang senapang dan menembak rakan sekelasnya.

Pada tahun 1996, Barry Loukaitis telah memasuki sebuah kelas dengan kot trench berwarna hitam yang menyembunyikan pistol, peluru dan senapangnya sebelum menembak pelajar yang berada di dalamnya, menyebabkan tiga mangsa terkorban.

THE MATRIX (1999)

Selepas "The Matrix" mendapat sambutan ramai, ramai juga orang gila yang cuba untuk mencipta semula babak dalam filem ini dalam realiti. Ramai pembunuh merasionalkan bahawa orang yang mati bukanlah manusia sebenar. Contohnya, selepas menyembelih tuan rumahnya, pelajar pertukaran asing dari Sweden bernama Vadim Mieseges memberitahu polis bahawa dia telah 'termasuk ke dunia Matrix'. Seorang lagi penyewa bernama Tonda Lynn Ansley juga telah membunuh tuan rumahnya dan menganggap kejadian itu sekadar mimpi kerana percaya dia berada dalam Matrix. Sementara itu, seorang remaja bernama Lee Boyd Malvo menjadi pembantu John Allen Muhammad dalam serangan penembak hendap di Washington pada tahun 2002. Dalam sesinya bersama ahli psikitari Dewey Cornell, dia telah menonton filem tersebut lebih daripada 100 kali.

TAXI DRIVER (1976)

Antara kes yang paling popular, John Hinckley Jr. telah cuba untuk melakukan pembunuhan terhadap Presien Amerika Ronald Reagan pada tahun 1981 bukan sahaja kerana obses dan inginkan perhatian pelakon Jodie Foster, malah kerana dia merasakan watak lakonan Robert De Niro memiliki keadaan yang sama dengannya. Dalam filem itu, watak De Niro, Travis Bickle cuba untuk membunuh seorang calon presiden untuk menarik perhatian seorang gadis. Hinckley yang sememangnya berangan ingin memiliki Jodie Foster ketika itu membuat keputusan untuk melakukan hal yang sama. Malangnya dia gagal apabila Ronald Reagan selamat dalam misinya. Hinckley didakwa dengan pelbagai jenayah tetapi didapati kurang siuman, menyelamatkannya dari hukuman penjara.

ROBOCOP 2 (1990)

Sekuel kepada filem "RoboCop" ini bukanlah filem yang dianggap berjaya malah menerima banyak kritikan oleh penggemar filem. Namun kisah polis cyborg ini menjadi ilham gila seorang pembunuh bersiri bernama Nathaniel White yang telah melakukan banyak pembunuhan ketika berada dalam tempoh parol pada awal 90-an. Dia membunuh mangsa pertamanya, seorang wanita hamil bernama Juliana Frank dengan cara yang sama dengan babak dalam RoboCop.

Jelas White, "Wanita pertama yang saya bunuh sama macam dalam filem "RoboCop". Saya tengok dia mengelar leher seseorang dan kemudian menolak pisau itu ke dada dan perut mangsa lalu meninggalkan mangsa dalam satu kedudukan. Dalam pembunuhan pertama saya, saya lakukan hal yang sama."

  • Make your own breakfast ice cream
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Make your own breakfast ice cream 4 hours ago
    Make your own breakfast ice cream

    Sick of having oatmeal, cereal, pancakes, waffles, toast, milk and nasi lemak for breakfast? Why not start your day fresh and ready with some homemade, specially-for-breakfast ice cream using yoghurt and fruits?Here we would like to share with you the way to make an ice cream healthy enough to enjoy in the morning yet still able to satisfy your sweet tooth. You can choose many different types of yoghurt, but plain yogurt works best for mixing! .

  • Menggayakan skirt kulit
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Menggayakan skirt kulit Tue, May 21, 2013 5:22 PM MYT
    Menggayakan skirt kulit

    Jika bijak menyuaipadankan, skirt kulit boleh digunakan bersama pelbagai rupa, dari cara feminine, seksi dan juga profesional.

  • Koleksi fesyen untuk festival muzik
    Ashraf Nasser - Tupai
    Koleksi fesyen untuk festival muzik Tue, May 21, 2013 5:11 PM MYT
    Koleksi fesyen untuk festival muzik

    Jenama fesyen dari United Kingdom, Topshop lancar koleksi pakaian untuk festival musim panas dengan bantuan aktres Kate Bosworth.

  • A Minute With - Pitbull on music, Jennifer Lopez and "Epic"
    A Minute With - Pitbull on music, Jennifer Lopez and "Epic"

    By Zorianna Kit LOS ANGELES (Reuters) - Rapper Pitbull has taken his blend of American pop music fused with Latin beats from the clubs of Miami to international pop charts, but he now is crossing into film with his first acting role as an animated character in the upcoming movie, "Epic." Pitbull, whose real name is Armando Perez, has become a staple in the pop music field with lively dance-floor tracks including recent chart hits "Feel This Moment" with Christina Aguilera and "Live it Up" with

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • CANNES: Eva Longoria suffers no pants fashion flash at Cannes Film Fes …
    CANNES: Eva Longoria suffers no pants fashion flash at Cannes Film Fes …

    © Getty - HandbagEva Longoria hit the rainy red carpet at Cannes Film Festival last night, but caught herself in a flesh-flashing fashion mishap while climbing the stairs.Joining fellow L'Oreal face Cheryl Cole at the premiere of Jimmy P. (Psychotherapy Of A Plains Indian), Eva lifted her split-to-the-thigh dress while ascending the steps to the screening, but sadly hitched things a little too high.At the front.No underwear and a hoard of photographers? Yes, we imagine you can guess what

  • Kebaikan epal hijau
    Kebaikan epal hijau

    Buah-buahan sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan, namun tahukah anda kebaikan epal hijau?

  • Shila Amzah nasihatkan Afiq Muiz supaya insaf

    Penyanyi Shila Amzah telah menasihati rakannya Afiq Muiz supaya tidak mengabaikan keluarganya.

  • Aiskrim untuk sarapan pagi?
    Aiskrim untuk sarapan pagi?

    Nikmatilah sarapan pagi yang sihat tetapi enak dengan kreatif.

  • Britney shows off toned bod & yoga skills
    Britney shows off toned bod & yoga skills

    Britney Spears – you are looking smoking. Big round of applause. The singer showed off her toned bod in a series of yoga poses wearing skin tight yoga pants and a crop top. The mother-of-two has been known to have a yo-yo battle with her weight but is looking great as she gears up for a new show in Las Vegas and the release of an upcoming album which she's worked on with will.i.am.

  • Melissa McCarthy ‘fires extra’
    Melissa McCarthy ‘fires extra’

    Melissa McCarthy reportedly sacked a female extra getting paid $58 per day to work on Tammy because she disagreed with her parenting.

  • Jolly Good Gudeg, Jolly Good Boss
    Jolly Good Gudeg, Jolly Good Boss

    Indonesia food is not all about spicy offerings - Gudeg, young jackfruit stew, is a very popular rice meal there.