Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Filem tempatan 2011

    Tahun 2011 menyaksikan banyak filem tempatan yang berjaya mendapat kutipan tertinggi dan sambutan luar biasa daripada penonton. Ia merupakan petanda baik buat semua penggiat seni tanah air untuk sentiasa memantapkan karya mereka bagi tatapan penggemar filem.

    Mari kita saksikan sepuluh filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang tahun 2011 mengikut carta yang diambil daripada laman sesawang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

    KL GANGSTER
    Pada saat ini, filem arahan Syamsul Yusof merupakan filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi. "KL Gangster" yang diterajui oleh Aaron Aziz, Adyputra dan juga Syamsul sendiri ini berkisarkan permusuhan dunia samseng di ibu kota. Filem ini telah berjaya mendapat kutipan RM11.74 juta dan kejayaan "KL Gangster" tidak berhenti di situ sahaja apabila Syamsul diangkat sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa penggemar filem dahagakan filem aksi selepas industri filem dikuasai oleh genre seram satu ketika dulu.

    OMBAK RINDU
    Berjaya mendapat kutipan sebanyak RM10.9 juta secara keseluruhan, filem arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari ini berjaya mencipta satu fenomena apabila ia ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2011. Menggandingkan pelakon hebat dan popular seperti Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae, "Ombak Rindu" menyaksikan perjalanan kisah hidup Izaah yang penuh dengan onak dan duri.

    HANTU BONCENG
    Filem yang menggandingkan aktor kelakar Zizan Raja Lawak dan aktres Juliana Evans ini dikatakan berjaya mencipta 'hubungan cinta' antara dua peneraju utamanya apabila dilihat mesra bersama. Filem arahan Ahmad Idham ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8.53 juta, mempertaruhkan genre yang menjadi kegilaan penonton tempatan iaitu komedi seram. "Hantu Bonceng" mengisahkan seorang mat rempit yang diganggu oleh hantu wanita yang mati dalam satu kemalangan ketika bersamanya.

    KONGSI
    Filem arahan Farid Kamil ini merupakan saingan hebat buat filem "KL Gangster" arahan Syamsul Yusof ketika Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu. Malah apabila Syamsul dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, muncul khabar angin kononnya Farid tidak berpuas hati. Walaubagaimanapun "Kongsi" telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8.09 juta. Tidak dinafikan jalan cerita yang menarik, elemen komedi yang diselitkan dan semestinya peneraju utama Shaheizy Sam adalah tarikan filem "Kongsi" mendapat perhatian ramai. Ia mengisahkan seorang pembunuh upahan yang ditugaskan membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia.

    KHURAFAT
    Ini merupakan filem kedua arahan Syamsul Yusof yang berjaya mencatat kutipan tinggi untuk tahun 2011. Ditayangkan pada awal Januari, ia berjaya mencatat kutipan lebih RM8 juta. Dilakonkan oleh Syamsul sendiri bersama aktres muda Liyana Jasmay, memang tidak dinafikan keunikan jalan ceritanya serta imej seram yang begitu efektif menjadi tarikan utama penggemar filem ke panggung, walaupun pasti ada yang mempertikaikan kesesuaian dan keserasian antara pasangan ini.

    HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
    "Hikayat Merong Mahawangsa" (HMM) pernah dikatakan 'tidak layak' diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu. Walaupun berjaya mendapat kutipan sebanyak RM6.5 juta di Malaysia dan kurang daripada apa yang disasarkan, filem ini dilaporkan tidak begitu mendapat sambutan di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada KRU Studios kerana mengambil langkah berani untuk menghasilkan filem yang sarat dengan teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) ini dan ia merupakan sesuatu baru kepada industri filem tempatan.

    NUR KASIH THE MOVIE
    Kisah percintaan Adam dan Nur Amina ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM4.93 juta. Diadaptasi daripada drama bersiri "Nur Kasih", filem arahan Khabir Bhatia ini sememangnya dinanti-nantikan oleh pengikut "Nur Kasih" yang ingin mengetahui kesudahan kisah Adam dan Nur. Begitu hebat penangan kisah ini sehinggakan peneraju utama, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah kini menjadi pasangan kekasih di sebalik tabir.

    BINI-BINIKU GANGSTER
    Sebelum ini mereka pernah digandingkan bersama dalam filem "Adnan Sempit". Kini Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana digandingkan sekali lagi filem arahan Ismail Bob Hashim berjudul "Bini-Biniku Gangster". Hasilnya, filem ini berjaya mendapat kutipan RM4.71 juta. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang beristeri dua tidak mengetahui bahawa kedua-dua isterinya adalah ketua gangster untuk dua kumpulan yang bermusuh. Skrip filem "Bini-Biniku Gangster" adalah hasil garapan Yana Samsudin sendiri.

    KARAK
    Filem bergenre seram terbitan KRU Studios ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM4.28 juta. Filem arahan Yusry Abdul Halim ini menyaksikan kemunculan pertama juara "Akademi Fantasia" musim kelapan, Shahir. "Karak" mengisahkan sekumpulan pelajar yang mengikut Lebuhraya Karak untuk memintas kesesakan lalu lintas kerana perlu menghadiri kelas keesokannya.

    SUATU MALAM KUBUR BERASAP
    Filem bercorak komedi seram arahan Ernie Chen ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM3.99 juta walaupun ia bukanlah jumlah kutipan akhir kerana filem ini masih lagi ditayangkan di pawagam. Walaupun dikritik hebat kerana dikatakan tiada kelainan jika dibandingkan dengan filem komedi seram lain, "Suatu Malam Kubur Berasap" yang menampilkan Angah Raja Lawak dan Along Cham ini masih mendapat tumpuan di pawagam.

     

    23 comments

    • Bayu Biru  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      kebanyakannya adalah filem "popular". langsung tidak membawa sebarang pembaharuan apatahlagi memajukan pemikiran anak bangsa. filem dibuat hanya demi keuntungan tanpa memikirkan kesan yang perlu ditanggung oleh generasi hari ini akibat pengaruh yang tidak elok dan hiburan yang keterlaluan + masalah sosial. sangat menyedihkan. langsung tidak ada rasa tanggungjawab terhadap agama dan masyarakat. sigh!
      • ruff 3 months ago
        setuju! indonesia senario perfileman lokal mereka pun macam kita. jual seks dalam filem2 mereka. macam satu filem tu, ala, yg ada scene urut2 kaki tu. haha

        tapi mereka tetap menghargai karya bermutu macam Laskar Pelangi.

        waktu Laskar Pelangi ditayangkan, tiket sentiasa sold out.

        bila agaknya Malaysia boleh menghasilkan filem seperti itu. hurm, kalau ada pun belum tentu orang kita nak tengok kan... hurm...
      • Azura Abdullah 3 months ago
        filem2 dr Iran menutup aurat boleh je menang award...tak perlu pakai seksi2 pn..nak jual filem ke apa ni....hm..
    • Semut  •  3 months ago
      10 filem yg dah ROSAK lg meroskkan gen muda/i ISLAM khasnya MELAYU
      • mohamad 3 months ago
        mcm bgs sngt je ko ni...
      • Faizal 3 months ago
        Tapi betul gak kata semut. Fikirkanlah ek. Filem yang disukai orang melayu adalah filem seram, filem gangster dan lawak ringan/bodoh. Bahan bacaan yang disukai orang Melayu pula ialah Metro. What does those say about our mentality?
      • sbz2 3 months ago
        didalam cerita DoReMi ada babak perompak nak jual berus gigi siap dgn bertopeng....polis tu nak kejar tapi diberitahu oleh tuan rumah..'biarkanlah mereka sebab mereka itu org berniaga'.... jadi org2 filem hari ini tolong ambil fikir sikit ye!...
    • muhammad radzi bin abdul ...  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      bagi pendapat saya, kebanyakkan filem melayu kini lebih gemar menggunakan teknik atau aplikasi teknologi yang tinggi yang mana efek dan kesan grafik sedemikian hanya mampu menambah rasa dan warna bagi sesebuah cerita namun ianya tidak akan mempengaruhi keberkesanan jalan cerita yang mantap. Justeru, as an individual saya harap pembikin-pembikin filem melayu mahupun apa-apa bangsa sekalipun perlu menyelitkan sedikit elemen Malaysia seperti mana kebanyakkan filem-filem antarabangsa lakukan dan buktinya kebanyakkan filem bergenre tersebut memenangi anugerah Academy Award dan juga Golden Globe. This is only a part of my opinion :)
    • Mohd Fairoz  •  3 months ago
      filem tempatan jauh kalau nak banding dengan filem antarabangsa. Jika diteruskan sebegini filem malaysia takkan maju.
    • coco p  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      mana itu Petaling Street Warriors?
      • ck 3 months ago
        filem ni dah lewat ditayangkan,ia ditayangkan pd hujung tahun 2011 ~tapi mana "Nasi Lemak 2.0" pula?kan dpt kutipan 7juta ~
    • Ahadin  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      heeeeee.....indifilm xde?
    • Yasmin Sara  •  3 months ago
      with extremely lower cost compare to kl gangster, ombak rindu it the most profitable film. i rather to say it is more successful compare to the gangster film.
    • Semut  •  3 months ago
      GEJALA SOSIAL kt MALASYA..smkin hari , main TEROK krana pengaruh2 filem jarum yahudi & nasrani sbgini
      • psycho 3 months ago
        sama jugak dengan kamu ni semakin rosak budi bahasa haha
      • mohamad 3 months ago
        ye betol Psycho
      • Nyamuk 3 months ago
        Oiii... Salah orang yahudi lagi??
    • ruff  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      nape komen aku ilang?
      • PSL 3 months ago
        aku pun..semalam komen tapi dah tak de..
    • Dean Lee  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Survey artis, penyanyi dan pelakon berpendapatan paling tinggi dan berpengaruh 2011.
    • mazlan  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      wow.ada potensi utk buat duit melalui filem. satu hari nanti ada filem kutipan lebih 2o juta. tapi filem tu biarlah ada mesej yang sihat utk rakyat malaysia. lawan,gadoh,sedih,takut takper, tapi biarlah bila penonton keluar panggung,mereka akan rasa insaf dan ingin berubah dan berubah kpd kebaikan....skrip mau baik .....
    • mazlan  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      penerbit filem perlu buat survey utk lihat dan kaji kesan filem mereka kpd penonton....positif atau negatif....
    • eza  •  3 months ago
      bila lah kita nak berhenti buat filem hantu, gangster dan cinta....
      buatlah filem tentang kemajuan, ketuhanan dan keutuhan bangsa....
    • sbz2  •  3 months ago
      Alkisah KL GANGSTER dan OMBAK RINDU terserempak HANTU BONCENG tengah KONGSI beberapa KHURAFAT pasal HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA dan NUR KASIH THE MOVIE telah dilanyak oleh BINI-BINIKU GANGSTER dilebuhraya KARAK pada SUATU MALAM KUBUR BERASAP.....
    • prince L_wen  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      hantu bonceng top 3......????? sgt tidak percaya
    • Nyamuk  •  3 months ago
      Dimana itu movie "Nasi Lemak"?
    • Mshah Nizam  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      album terlaris xde ker??
    • Darell  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      woiii Semut, lain kali jangan salahkan Yahudi atau Nasrani, dorang mana ada tengok filem2 malaysia. logik la sikit kalau nak komen...bodoh aper.....kalau ada iman di dada awak takkan sesat punya. anak siapala buduh ini....
    • Faizal Rizal  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Kepada para 'pengomen' golongan karyawan/pengarah tempatan yang mengutuk filem tempatan kononnya tidak bermutu dan merosakkan itu saya cadangakan untuk memberi idea yang bernas kepada para karyawan/pengarah untuk menghasilkan filem yang macam mana yang dikatakan 'bernas dan bermutu' itu. Mungkin anda semua lebih bijak daripada para karyawan tersebut. Apa susahnya nak buat komen kan ! Orang cacat pun boleh kan ! Atau kalau anda semua 'cerdik atau hebat' sangat, buatkan skrip untuk mereka, boleh jugak dapat duit atau komisyen jual skrip tersebut pada mereka. Kalau setakat komen saja bejela-jela tak jadi apa ! Sebagai orang seni dan karyawan sapa2 pun mesti buat filem yang sesuai dengan keadaan semasa dan sesuai dengan selera penonton. Mereka tak boleh buat filem yang syok sendiri atau yang tidak mampu menarik penonton, sebab buat filem kena pakai modal dan kadang2 sampai mencecah jutaan ringgit. Bukan pakai air liur macam kau orang membuat komen pakai air liur jer ! Lagipun kalau filem tempatan tak ada, penonton akan mengambil filem luar atau filem barat yang lebih merosakkan fikiran dan budaya serta cara hidup orang tempatan. Filem tempatan sekurang-kurang ada juga memberi pengajaran selaras dengan budaya dan 'world view' masyarakat tempatan. Dari segi tahap pengajaran yang diperolehi pula bergantung kepada pemahaman para penonton itu sendiri dan sejauhmana mereka menghayati sesebuah filem tersebut. TAHNIAH KEPADA PARA PENGARAH TEMPATAN, TERUSKAN BERKARYA . SEMOGA INDUSTRI FILEM TEMPATAN TERUS MAJU DAN BERJAYA ! JANGAN LEMAH SEMANGAT DENGAN PARA PENGOMEN YANG HANYA TAHU MENGATA TAPI PEMIKIRAN 'ZERO' !
    • Orang BALING  •  3 months ago
      FILEM TEMPATAN NIH SEMUANYA CITER CAM TAIK. BALIK2 BODEK AMPU BNngok.LEPAS TUH HINA ISLAM PLAK. BAIK AKU NENGOK FILEM TAMIL LAGI SEDAP...

    Most Popular

    • Prince William, Kate dress up for UK Olympic team
      Prince William, Kate dress up for UK Olympic team

      Prince William and the Duchess of Cambridge have dressed to the nines to support the British Olympics team at a gala dinner.

    • 4-minute 'The Amazing Spider-Man' super preview hits the web

      A ‘super preview' of 'The Amazing Spider-Man' was premiered on the US television show 'America's Got Talent' on 14 May.

    • Top 10 diet foods that can make you fat
      Top 10 diet foods that can make you fat

      You’ve cut back on chocolate, chucked out the biscuits and raided your nearest health food store, so why aren’t you losing those pounds? Unfortunately, even with the best intentions, you could be sabotaging your weight loss with the wrong foods. They might look and seem healthy, but that’s not always the case. Check out the top 10 diet foods that could pile on the pounds.

    • Oscar Leung accused of rape
      Oscar Leung accused of rape

      Hong Kong TVB actor has been rumoured to be involved in a rape case

    • Lady Gaga gagged in Indonesia after Islamic opposition
      Lady Gaga gagged in Indonesia after Islamic opposition

      JAKARTA (Reuters) - Pop star Lady Gaga has been refused a permit to perform in the Indonesian capital next month over security concerns, police said on Tuesday, after Islamic groups voiced strong objections to her "vulgar" style. Three Islamic groups have expressed their opposition to the concert on June 3, demanding it be stopped, national police spokesman Saud Usman Nasution said by telephone. Indonesia, a secular state, has the world's largest population of Muslims as well as significant minorities …