25 Jun – Artis di bawah naungan Kru Studios, Forteen kembali dengan lagu yang bakal hits berjudul "Seperti Dulu". Dianggotai oleh 4 orang anak muda, One, Ariz, Ameerais, dan Izzue merupakan antara kumpulan yang dilihat bakal menjadi pelapis kumpulan boyband yang pernah menggegarkan industri hiburan suatu ketika dahulu.
"Seperti Dulu " juga diangkat menjadi lagu tema bagi filem terbaru terbitan KRU Studios lakonan hebat dari Remy Ishak dan juga Jojo Goh berjudul "29 Februari".
Melihat kekuatan vokal yang ada dari kesemua anggota, tidak hairanlah mereka turut tercalon di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 bagi kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular.
Kumpulan Forteen ini bukan seperti dikatakan hanya menjual muka namun memiliki identiti tersendiri dengan kekuatan vokal yang padu beserta pakej rupa yang menarik.
Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim, "Seperti Dulu" mengisahkan tentang harapan seorang kekasih yang ingin kembali semula kepangkuan kekasih hatinya yang sudah lama terpisah.
Filem muzikal 3D "29 Februari" bakal menemui penonton pada 30 Ogos tahun ini.


