9 Feb – Suami kepada Peni Farnita Saputri, Bernaldi Kadir atau lebih dikenali Aldi, telah mendedahkan ratusan gambar ghairah pelakon dan ketua daerah, Zumi Zola yang tersimpan dalam telefon bimbit isterinya.
Dipetik dari Harian Metro, Aldi yang mendedahkan gambar berkenaan memberitahu bahawa dengan bukti yang kukuh ini, dia akan mengheret Zumi ke penjara.
Humprey Dhjemat yang merupakan peguam kepada Aldi memberitahu bahawa ada ratusan gambar kecurangan antara Peni dan Zumi.
"Ada lebih 100 foto dan semua foto terbabit kami simpan sebagai bukti," katanya ketika ditemui di balai polis Jakarta Selatan.
Dhjemat turut mendedahkan gambar separuh bogel Peni dan Zumi. Gambar berkenaan itu diambil dengan telefon bimbit selepas mereka melakukan hubungan seks. Dan Peni sudah pun mengaku tentang gambar tersebut.
"Isteri Aldi (Peni) sudah mengakui semuanya. Jadi, sekarang ini kami menunggu tindakkan lanjut pihak berkuasa," katanya.


