![]() |
11 Mac – Pemuzik dari Kanada, Grimes kini meluaskan bakatnya dengan menghasilkan rekaan bagi koleksi pakaian Saint Laurent yang berasal dari Paris.
Grimes, atau nama sebenarnya Claire Boucher, telah dijemput oleh Yves Saint Laurent untuk menghaslikan koleksi tersendiri menerusi label mereka setelah beliau membuat kemunculan dalam majalah "Dazed and Confused" edisi bulan April lalu.
Pemuzik bergenre indietronika dan eksperimental ini memang terkenal sebagai pemuzik yang bergaya unik. Di samping itu, beliau juga memiliki sebuah blog yang dikhaskan untuk gaya fesyennya sendiri.
Bakat melukis yang dimiliki Grimes jelas diperlihatkan di koleksi pakaian terbaru Saint Laurent Paris. Kebanyakan baju dari koleksi tersebut dijual dengan harga AS $350 (RM1,088.90) sehelai.
Apabila ditanyakan sama ada beliau ingin mengeluarkan jenamanya yang tersendiri, pemuzik berusia 24 tahun itu menjawab bahawa beliau sudah pernah memikirkan tentang keinginannya itu.
"Sudah tentu! Tapi saya mungkin hanya akan melakukannya selepas saya menghasilkan sekurang-kurangnya dua lagi album terbaru."
Dalam hal perkembangan muziknya, Grimes bakal tiba di Malaysia dalam masa terdekat ini untuk memainkan lagunya di The Bee, Publika. Muzik beliau juga boleh dimuat turun menerusi laman sesawang rasmi Grimes dengan harga AS $0.99 (RM3.08) untuk setiap lagu.




Best Travel Stories