Hanis Zalikha tolak calon suami pilihan keluarga?

Hanis Zalikha tolak calon suami pilihan keluarga?

21 Jan – Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Hanis Zalikha menyatakan sekiranya dia ingin berkahwin, suaminya itu bukanlah dari pilihan keluarga.

"Saya lebih suka pilih sendiri dari keluarga yang pilihkan calon suami saya. Tetapi saya akan mendapatkan restu keluarga dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

"Restu ibu bapa sangat penting, dan kalau dalam sejarah keluarga saya, restu memang perkara nombor satu," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, pelakon berusia 24 tahun itu yang dikaitkan dengan aktor Hairul Azreen menjelaskan bahawa Hairul adalah lelaki yang rapat dengannya sekarang ini.

"Saya tak nafikan dia lelaki yang rapat dengan saya sekarang. Saya selesa berkawan dengan dia kerana kami sekepala. Malah, kami juga suka lakukan aktiviti lasak.

"Tapi buat masa ini saya belum bawa dia berjumpa keluarga lagi, namun ibu mengetahui saya berkawan dengan dia. Masih terlalu awal untuk bercakap lebih serius mengenai hubungan ini."

Dalam perkembangan lain, Hanis bakal menjalani penggambaran drama bersiri "Jodoh 2" tidak lama lagi dan bakal mengendalikan acara karpet merah Anugerah Meletop Era (AME) yang akan berlangsung pada 8 Februari depan.