5 Jul – Penyanyi yang mula dikenali selepas menyertai pertandingan Akademi Fantasi musim keenam (AF 6), Ika Nabila kembali dengan kontroversi terbaru selepas sebelum ini dikaitkan dengan masalah sosial yang terjadi.
Kini apa yang lebih teruk, dia dikaitkan sedang menjalin hubungan sejenis dengan seorang pengkid yang dikenali sebagai Adlin. Kisah percintaan mereka mula menjadi perhatian sejak dari tahun 2009 lagi.
Walaupun pernah memberi kenyataan mengenai isu kontroversi tersebut di sebuah portal hiburan tempatan, namun ianya seakan tidak menutup mulut sesiapa kerana kemana sahaja Ika pergi pasti kelibat pengkid ada bersama.
Terbaru, Ika sekali lagi dilihat muncul bersama pengkid tersebut di majlis resepsi aktres Irma Hasmie baru-baru ini.
Pantas menepis pertanyaan pihak media, Ika menyatakan bahawa pengkid yang bersamanya itu adalah pengurusnya yang dikenali sebagai Adlin.
"Ke mana saja saya pergi, doa pasti ada, kerana Adlin adalah pengurus saya. Dia sudah menguruskan saya sejak saya keluar AF6 lagi.
"Ibu bapa saya sudah mengenali Adlin malah saya sendiri memanggilnya dengan gelaran Kak Long. Pada mereka yang kenal saya, pasti tahu perkara sebenar.
"Walaupun saya dah jelaskan perkara sebenar, masih ada lagi yang menganggap kami mempunyai hubungan istimewa malah ada yang memerli saya. Tidak megapalah kerana saya sudah malas nak cakap apa-apa lagi.
"Saya anggap merek yang berfikiran sebegitu cuma mengambil berat terhadap saya. Bagi saya, dari terus buang masa memfitnah saya, lebih baik mereka membicarakan mengenai kerjaya saya," ujar pelakon drama 'Apa Celop' ini lagi.
Ika turut menyifatkan kontroversi cinta sejenis ini sedikit sebanyak membantu menaikkan namanya.
"Sekalipun ianya gosip negatif, namun saya mengambilnya secara positif. Tidak dinafikan, kontroversi yang berlaku membuatkan saya mula dikenali. Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus-putus," jelasnya yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama untuk slot Cerekarama bertajuk 'Perempuan Neraka' serta beberapa telemovie Raya untuk Astro dan TV3.
Sementara itu, Adlin ketika ditemui berkata, "Gosip itu mengarut. Kami dah lama kenal dan rapat begitu juga hubungan saya dengan keluarganya. Geli hati setiap kali baca gosip ini kerana saya menganggapnya macam adik.
"Orang hanya tahu cakap saja kerana mereka tidak mengenali kami dengan lebih dekat. Apapun, orang dalam industri faham dan kenal saya tidak lebih sebagai seorang pengurus Ika saja." akui Adlin.


