Jimmy Palikat ingin kembangkan karier di Semenanjung

11 Sep – Penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini meluahkan hasrat mahu terus mengembangkan bakatnya di Semenanjung Malaysia.

Mula mencipta populariti dengan lagu "Anak Kampung", duet bersama kumpulan One Nation Emcee, nama Jimmy Palikat semakin dikenali dengan rentak lagu yang begitu menarik perhatian pendengar.

Penyanyi yang memulakan kariernya sebagai penyanyi sepenuh masa pada tahun 2002 turut berkongsi akan meriliskan satu lagi single terbaru berjudul "Aku Datang KL" yang diinspirasikan daripada pengalaman hidupnya sendiri.

Bapa kepada lima orang anak ini turut berkongsi rasa gembira setelah lagunya seringkali dimainkan di corong radio dan sangat berterima kasih diatas penerimaan tersebut.

"Saya amat berterima kasih dengan penerimaan pendengar terutamanya di Semenanjung Malaysia. Saya akan terus berkarya dan cuba menghasilkan lagu yang digemari semua," ujarnya ketika ditemui di Saloma Bistro baru-baru ini.

Apabila ditanya adakah dia akan terus menetap di Kuala Lumpur selepas ini, penyanyi berusia 34 tahun ini memberitahu dia masih belum ada perancangan ke arah itu.

"Anak saya masih kecil lagi. Anak sulung baru berusia tujuh tahun manakala yang paling kecil pula berusia lapan bulan. Rasanya lebih elok mereka tinggal di sana dan habiskan persekolahan mereka dahulu.

"Lagipun saya masih menerima undangan nyanyian di sana, jadi tidak masalah untuk meneruskan karier di Sabah dan juga di Kuala Lumpur."

Dia turut memberitahu dia bakal berkolaborasi sekali lagi bersama One Nation Emcee untuk lagu lama, "Apa Punya Taukeh" yang diberi nafas baru kelak.

Pernah menghasilkan sebuah album berjudul "Akan Ku Buktikan", Jimmy memberitahu ingin berduet dengan Linda Onn kerana amat meminati juruhebah radio Suria FM itu jika berpeluang.

"Bukan tidak teringin berduet dengan penyanyi terkenal, tetapi saya merasakan suara Linda Onn seperti kena dengan saya dan memang sesuai. Namun ini semua hanya dalam perancangan sahaja," akhirinya.

  • Keluar dengan solekan minimum
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Keluar dengan solekan minimum 10 hours ago
    Keluar dengan solekan minimum

    Mungkin ramai berpendapat seseorang selebriti itu perlu sentiasa berdandan dan kelihatan cantik, namun ada berfikiran sebaliknya.

  • Baskin Robbins' Movie Popcorn
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Baskin Robbins' Movie Popcorn Fri, May 17, 2013 5:33 PM MYT
    Baskin Robbins' Movie Popcorn

    To all popcorn and ice cream lovers, the time for a combination of the two has come! The folks at Baskin Robbins have managed to mix your favourite movie snack with your favourite frozen dessert into their new Movie Theatre Popcorn flavor, which is also their flavour of the month! The Movie Theatre Popcorn ice cream tastes like corn-flavoured ice cream, but with a crunchy kick to it. It is described as vanilla ice cream blended with popcorn, swirled with a savory caramel ribbon, and loaded with

  • Chanel lancar minyak wangi termahal
    Siti Munawirah Mustaffa - Tupai
    Chanel lancar minyak wangi termahal Thu, May 16, 2013 5:33 PM MYT
    Chanel lancar minyak wangi termahal

    Jenama terkemuka yang berasal dari Perancis ini telah melancarkan minyak wangi berharga lebih RM12,000.

  • French president signs gay marriage bill into law
    Abhik Kumar Chanda - AFP News
    French president signs gay marriage bill into law 1 hour 48 minutes ago
    French president signs gay marriage bill into law

    France on Saturday became the 14th country to legalise same-sex marriage after President Francois Hollande signed the measure into law following months of bitter political debate.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.