Johnny Depp ceburi dunia percetakan

22 Okt – Pelakon serba boleh Johnny Depp kini cuba menceburi dunia percetakan pula apabila beliau melancarkan sebuah syarikat percetakan buku bersama Harper, iaitu sebuah subsidiari kepada syarikat penerbitan HarperCollins. Syarikat tersebut turut menggunakan nama 'Infinitum Nihil', iaitu nama bagi syarikat penerbitan filem beliau yang sebelum ini pernah menerbitkan filem seperti "The Rum Diary", "Hugo", "Dark Shadows" dan "The Lone Ranger".

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh HarperCollins, beliau berkata, "Saya berjanji, bagi pihak Infinitum Nihil, bahawa kami akan membuat yang terbaik dalam menghasilkan penerbitan buku yang pasti tidak akan mengecewakan orang ramai."

"Untuk merealisasikan impian ini, kami ingin memberi penghormatan kepada HarperCollins kerana memberikan kepercayaan kepada kami dan berharap hubungan kami berpanjangan serta mendatangkan hasil yang lumayan," sambung beliau lagi.

Menurut LA Times, Depp baru sahaja mengumumkan bahawa Infinitum Nihil akan menerbitkan dua buku pertama yang berjudul "The Unravelled Tales of Bob Dylan" hasil nukilan Douglas Brinkley dan "House of Earth", sebuah novel yang ditulis oleh penyanyi folk, Woody Guthrie.

Buku "The Unravelled Tales of Bob Dylan" dilihat sebagai suatu cara yang ideal dalam memulakan percetakan Infinitum Nihil dan dijadualkan untuk keluar pada tahun 2015.

"House of Earth" pula dijangka akan siap pada bulan Januari tahun depan, yang mana pengenalan dalam buku tersebut ditulis oleh Depp dan Brinkley sendiri.

Buku-buku yang dipilih Infinitum Nihil adalah bersesuaian dengan cita rasa Depp sendiri, yang sedang mencari suara dan idea yang asli, lantang dan penuh visi.

  • Keluar dengan solekan minimum
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Keluar dengan solekan minimum 15 hours ago
    Keluar dengan solekan minimum

    Mungkin ramai berpendapat seseorang selebriti itu perlu sentiasa berdandan dan kelihatan cantik, namun ada berfikiran sebaliknya.

  • Baskin Robbins' Movie Popcorn
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Baskin Robbins' Movie Popcorn Fri, May 17, 2013 5:33 PM MYT
    Baskin Robbins' Movie Popcorn

    To all popcorn and ice cream lovers, the time for a combination of the two has come! The folks at Baskin Robbins have managed to mix your favourite movie snack with your favourite frozen dessert into their new Movie Theatre Popcorn flavor, which is also their flavour of the month! The Movie Theatre Popcorn ice cream tastes like corn-flavoured ice cream, but with a crunchy kick to it. It is described as vanilla ice cream blended with popcorn, swirled with a savory caramel ribbon, and loaded with

  • Chanel lancar minyak wangi termahal
    Siti Munawirah Mustaffa - Tupai
    Chanel lancar minyak wangi termahal Thu, May 16, 2013 5:33 PM MYT
    Chanel lancar minyak wangi termahal

    Jenama terkemuka yang berasal dari Perancis ini telah melancarkan minyak wangi berharga lebih RM12,000.

  • Vocal acrobatics of "La Donna del Lago" an "Olympic" challenge
    Josie Cox - Reuters
    Vocal acrobatics of "La Donna del Lago" an "Olympic" challenge 2 hours 26 minutes ago
    Vocal acrobatics of "La Donna del Lago" an "Olympic" challenge

    By Josie Cox LONDON (Reuters) - Even with one of the world's most athletic opera singers at her side and plenty of practice, American mezzo-soprano Joyce DiDonato reckons the latest London production of Gioachino Rossini's "La Donna Del Lago" is the challenge of a lifetime. DiDonato and Peruvian tenor Juan Diego Florez told Reuters at the Royal Opera House production's opening on Friday night that performing their technically demanding roles in the John Fulljames interpretation is almost like

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.