24 Ogos – Pasangan selebriti Hollywood, Justin Timberlake dan Jessica Biel dikatakan sudah secara rasmi berkahwin.
Menurut laporan daripada Showbizspy, Justin dan Jessica melafazkan ikrar janji sehidup semati di Jackson Hole, Wyoming, Sabtu lepas, iaitu tempat yang sama ketika mereka bertunang pada Disember tahun lepas.
"Mereka melakukannya dengan cepat," ujar kolumnis gosip Janet Charlton.
Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di hotel mewah Four Seasons dilakukan secara privasi dengan mengundang keluarga serta sahabat rapat sahaja.
Jessica Biel yang memegang peranan sebagai Kapten Charisa Sosa dalam filem "The A-Team" mula menjalin hubungan dengan penyanyi-pelakon Justin Timberlake pada tahun 2007.


