15 Sep – Lagu 'Bawaku Terbang' hasil ciptaan sepenuhnya oleh Malique terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding di anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke -26.
Kaka Azraff yang juga merupakan penyanyi bagi lagu 'berhantu' ini meluahkan rasa terkilannya kerana terpaksa melupakan hasrat untuk naik ke pentas bagi pertandingan tersebut.
Namun begitu, Kaka Azraff atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff memberitahu dia amat bersyukur kerana walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir namun kedudukan lagu tersebut sehingga berjaya berada di tempat ketiga sudah cukup memadai.
"Terkilan tu ada juga, tapi perasaan itu hanyalah sedikit. Saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu semua keputusan pihak pengurusan AJL."
"Walaubagaimanapun, saya amat terharu dan gembira kerana walaupun lagu tersebut disingkirkan pada awal pencalonan namun berjaya menduduki tempat ketiga."
Ujar gadis berusia 23 tahun ini, pengalaman yang terjadi dengan lagu 'Bawaku Pergi' langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus menempa nama di persada dunia hiburan tanah air demi minat yang ditanam sejak dari kecil lagi.
"Saya tidak pernah kenal erti putus asa kerana minat saya di dalam bidang nyanyian sememangnya dari kecil. Saya tidak merasakan masalah ini akan mematahkan semangat saya untuk berjaya"
"Selepas ini saya akan lebih berhati – hati apabila menerima lagu. Semuanya saya serahkan kepada pihak pengurusan ."
Tidak menolak jika diberikan peluang untuk berkolaborasi semula bersama Malique, Kaka merasakan dia merupakan seorang pencipta muzik yang tiada tandingan di Malaysia.
Lagu 'Bawaku Terbang' duet bersama Zizan Razak pernah diharamkan dimainkan di corong-corong radio tempatan keranan lirik lagu tersebut dikatakan mempunyai lirik yang digambarkan seolah-olah seorang remaja perempuan mahu lari ke luar negara bersama teman lelakinya.


