4 Jul – Setelah hampir sepuluh tahun "Dawson's Creek" ditayangkan, watak gadis naïf yang dipegang oleh Katie Holmes sebagai Joey Potter telah ditawarkan kembali untuk dihidupkan semula menjadi sebuah filem oleh penerbit siri drama remaja popular itu sendiri.
Namun apa yang lebih mengejutkan adalah suami Katie Holmes yang juga aktor Hollywood popular, Tom Cruise tidak membenarkan perkara tersebut terjadi.
Berlainan pula dengan pendirian Holmes apabila beliau sendiri tidak keberatan untuk berlakon semula dalam filem drama tersebut kerana ingin mengeratkan lagi hubungannya dengan peminat serta rindu akan keseronokan yang dialami sepanjang penglibatannya di dalam filem itu dahulu.
Menurut Holmes, kerjaya beliau sentiasa berada di tangan Cruise yang mana beliau tidak dibenarkan melakukan sebarang adegan yang mengghairahkan di dalam filem atas sebab kepercayaan Saintologi. Sifat Tom Cruise yang sentiasa mengongkong dirinya akhirnya membuatkan Katie Holmes menuntut cerai di mahkamah New York pada 28 Jun 2012.
Kini, Holmes berasa lebih bebas dimana beliau turut dilaporkan baru sahaja selesai dengan sesi penggambaran filem "The Seagull" yang merupakan versi moden karya Anton Chekov. Beliau akan turut terlibat dalam pembikinan filem terbaru yang bertajuk "Molly".
Tom Cruise pula baru menyambut hari jadinya yang ke-50 semalam. Tetapi sambutan hari jadinya pada kali ini disambut di dalam sebuah jet dari Reykjavik, Icealand ke California tanpa kehadiran Katie Holmes.


