Kenali barisan bintang "The Thieves"

Baru-baru ini filem bercorak rompakan "The Thieves" arahan Choi Dong-hun telah dinobatkan sebagai filem aksi-komedi paling laris dalam sejarah industri perfileman Korea Selatan.

Menerusi gabungan bintang yang mempunyai nama besar dan plot menarik mengenai kerjasama dan pengkhianatan beberapa kumpulan pencuri profesional ini, "TThe Thieves" berjaya mengaut keuntungan lebih 13 juta penonton ketika ditayangkan.

"The Thieves" menyaksikan sekumpulan perompak yang merancang untuk mencuri seutas rantai berlian bernilai AS$20 juta dari sebuah simpanan kasino di Macau.

Namun siapakah para bintang di sebalik kejayaan "The Thieves" yang sudah ditayangkan di pawagam tempatan pada 11 Oktober lalu?

Kim Yoon-seok sebagai Macau Park

Tidak banyak yang akan anda temui di internet tentang Kim. Ini disebabkan bintang filem, televisyen dan pentas teater ini merupakan seorang pelakon yang amat serius dan berdedikasi dalam bidang kerjayanya.

Bermula sebagai pelakon teater melalui "A Streetcar Named Desire" pada tahun 1988, pelakon yang bernaung di bawah agensi Sim Entertainment ini mula dikenali dalam dunia filem melalui "A Little Lover" (1994) dan beberapa buah filem dan drama yang seterusnya termasuk "Jeon Woo-chi" (2009) dan "The Chaser" (2008). Dalam "The Thieves", Kim melakonkan watak Macau Park yang dikenali sebagai pencuri terhebat yang pernah mengkhianati anak buahnya, Popeye (lakonan Lee Jung-jae).

Kim Hye-soo sebagai Pepsi

Bintang jelita Kim Hye-soo yang tampak awet muda ini sebenarnya berusia 42 tahun dan memulakan kerjayanya dalam filem lakonan melalui filem "Ggambo" (1986) ketika baru memasuki sekolah menengah. Dia kemudiannya mendapat tempat di hati peminat melalui pelbagai drama termasuk "Did We Really Love?" bersama bintang Hallyu Bae Yong-joon.

Bekas teman wanita pelakon Yoo Hae-jin ini juga biasa menjadi pengacara dalam kebanyakan majlis anugerah dan variasi rancangan televisyen. Namun dia paling terkenal dengan watak sebagai wanita glamor dan penuh keyakinan, seperti yang dilakonkannya melalui filem "Hypnotized" (2004), "The Red Shoes" (2005) and "Tazza: The High Rollers" (2006) sehingga membolehkan dia ditempatkan dalam senarai selebriti kelas pertama di Korea.

Dalam "The Thieves", Kim sekali lagi menunjukkan kemahirannya melakonkan watak wanita yang penuh keyakinan melalui watak Pepsi, bekas kekasih Popeye (lakonan Lee Jung-jae) dan juga seorang pemecah peti besi yang baru dibebaskan dari penjara.

Lee Jung-jae sebagai Popeye

Dalam "The Thieves", Lee Jung-jae melakonkan watak Popeye yang merupakan ketua pencuri profesional yang merancang untuk mencuri berlian Tear Of The Sun yang pernah dicuri oleh seorang penjenayah Jepun yang bernama Madame Tiffany.

Namun di luar "The Thieves", Lee Jung-jae merupakan bintang yang memiliki kemahiran dalam bisnes dan peragaan. Bermula sebagai model fesyen, dia kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai pelakon melalui drama televisyen pada tahun 1993.

Antaranya adalah filem "Il Mare" (2000) bersama Jeon Ji-hyun, filem "Typhoon" (2005) dan drama hit "Sandglass" di SBS pada tahun 1995. Selain lakonan, Lee juga memiliki rangkaian restoran hidangan Itali di Seoul yang dinamakan Il Mare. Malah dia sendiri yang telah membuat rekaan hiasan dalaman restorannya. Pada tahun 2008 pula, Lee telah mengasaskan syarikat pemaju harta tanah yang diberi nama Seorim C&D.

Lee bakal muncul dalam filem "Physiognomy" sebagai Putera Suyang pada tahun 2013.

Kim Soo-hyun sebagai Jampano

Pemuda berwajah remaja ini sebenarnya sudah pun berusia 24 tahun dan mula menempa nama melalui beberapa buah drama hit seperti "Giant" dan "Dream High" di mana dia melakonkan watak Song Sam-dong, seorang pelajar sekolah menengah.

Bintang muda yang berbakat dalam bidang nyanyian ini juga akhirnya berjaya menemui drama yang mengangkat namanya ke persada antarabangsa apabila dia diberikan kepercayaan untuk melakonkan watak raja Chosun bernama Lee Hwon menerusi drama MBC, "The Moon That Embraces The Sun".

Mahasiswa yang sedang menuntut di Universiti Chung-Ang dalam bidang Pengajian Teater dan Filem ini juga baru-baru ini telah ditawarkan untuk melakonkan watak utama sebagai seorang pengintip Korea Utara untuk filem "Covertness" yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

Jeon Ji-hyun sebagai Anycall

Siapa yang tidak kenal dengan Jeon Ji-hyun? Bintang jelita ini menjadi seorang daripada bintang Korea yang membawa Gelombang Hallyu melalui filem "My Sassy Girl" (2001) dan "Windstruck" (2003). Tidak lama selepas itu, dia mendapat perhatian Hollywood dan ditawarkan untuk membintangi filem "Blood: The Last Vampire" (2009) sebagai watak utamanya, Saya.

April lalu, Jeon Ji-hyun menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini Choi Jun-hyuk, seorang pegawai bank yang juga merupakan cucu kepada pereka hanbok terkenal, Lee Young-hee. Perkahwinan yang pada awalnya dijadualkan pada bulan Jun itu terpaksa dipercepatkan untuk memberi laluan kepada jadual penggambaran filem lakonan Jeon, "Berlin" yang bakal ditayangkan pada tahun 2013.

Sekalipun Jeon Ji-hyun secara peribadinya seorang yang agak misteri dan tidak banyak bercakap, dalam "The Thieves", Jeon melakonkan watak Anycall, seorang pencuri biasa yang lebih suka berpakaian seksi.

Kim Hae-sook sebagai Chewing Gum

Pelakon veteran Kim Hae-sook memulakan bidang lakonannya dengan watak kecil dalam drama MBC "Chief Inspector" (1974). Kim kemudiannya terus berjaya menjadi pelakon yang mendapat tawaran lakonan yang tidak putus-putus sehingga dia berjaya mengambil lebih 130 buah projek drama dan filem. Antara filem lakonan termasuk "Wonderful Radio" (2012) dan "My Sassy Girl" (2001) bersama Jeon Ji-hyun. Pada tahun 2005, Kim juga telah menulis autobiografi yang berjudul "Mother Of Hallyu Stars: Kim Hae-sook's Story".

Dalam "The Thieves", Kim Hae-sook memainkan watak seorang pencuri di pertengahan usia dan juga seorang kaki minum yang dikenali sebagai Chewing Gum.

Simon Yam sebagai Chen

Ini mungkin filem Korea pertama Yam sebagai seorang pencuri veteran Hong Kong yang bernama Chen, namun Simon Yam yang memulakan kerjayanya sebagai supermodel lelaki telah memulakan kerjaya lakonannya sejak pertengahan 1970-an lagi. Dia menandatangani kontrak bersama gergasi televisyen, TVB pada tahun 80-an dan telah melakonkan pelbagai watak dalam drama-drama bersiri TVB.

Adik kepada bekas Naib Pesuruhjaya Polis Hong Kong, Yam Tak Wing ini juga telah memenangi dan dicalonkan banyak anugerah termasuk Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik HKFA untuk filem "Sparrow" (2008), "Election" (2005) dan "PTU" (2003). Simon juga telah berkahwin pada tahun 1997 dengan model antarabangsa dan jurucakap SKII, Qi Qi dan memiliki anak perempuan bernama Ella.

Angelica Lee sebagai Julie

Anak kepada pemilik kedai motosikal kelahiran Kedah, Malaysia ini merupakan seorang pelakon filem dan penyanyi pop yang mencipta nama sebagai ratu filem seram melalui filem "The Eye" (2002) arahan Pang Bersaudara. Filem tersebut membolehkan Lee memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Golden Horse, HKFF dan Anugerah Golden Bauhinia. Dia juga antara beberapa orang artis Asia yang terpilih memenangi Anugerah Bintang Baru melalui watak lakonannya dalam "Betelnut Beauty".

Bintang yang berkebolehan berbahasa Hokkien, Mandarin, Kantonis, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ini juga telah mengahwini pengarah Oxide Pang yang kali pertama dikenalinya menerusi filem "The Eye". Lee menyertai Charlie Yeung, Gigi Leung dan Valen Hsu dalam mengasaskan "Hope Education Foundation", sebuah organisasi tanpa keuntungan yang membantu kanak-kanak yang memerlukan.

Selain wataknya sebagai anak kepada seorang pemecah peti besi profesional yang menyertai kumpulan Chen, bintang "Ice Kacang Puppy Love" ini juga bakal berlakon dalam filem "Inferno" (2013)

 Derek Tsang sebagai Johnny

Jika anda merasakan nama keluarganya seperti pernah didengar, ini adalah kerana Derek Tsang, pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong ini merupakan anak kepada bintang Hong Kong, Eric Tsang. Sama seperti Jaycee Chan dan Nicholas Tse yang juga merupakan anak kepada bintang popular, Tsang memulakan kerjaya lakonannya melalui filem "Men Suddenly In Black" pada tahun 2003 sebagai versi muda karakter lakonan ayahnya.

Selain melakonkan watak seorang pencuri profesional yang bekerjasama dengan watak Chen lakonan Simon Yam, Tsang juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem termasuk "Once A Gangster" (2010) dan "Claustrophobia" (2008). Dia juga mengarahkan sebuah filem yang bertajuk "Lover's Discourse" pada tahun 2010.

Oh Dal-soo sebagai Andrew

Dilahirkan pada tahun 1968 di Daelgu, Oh Dal-su lebih terkenal sebagai seorang pelakon berkarakter. Oh juga dikenali dengan watak antagonis atau watak-watak yang biasanya tidak akan diambil oleh para bintang yang terlalu menjaga imej. Ini termasuk watak sebagai pemilik penjara peribadi samseng dalam "Oldboy" (2003), bekas ketua mafia dalam "Mapado" (2005) dan juga sorang transvestit melalui filem "Foxy Festival" (2010). Oleh kerana itu mungkin wataknya sebagai pencuri berbangsa Korea-Amerika dalam "The Thieves" merupakan sesuatu yang biasa padanya.

Selain daripada kerjaya lakonannya, Oh juga mengetuai syarikat teater Mirage and Kaleidoscope selepas mengumpul pengalaman berlakon teater sejak kali pertama dia membuat kemunculan dalam teater di Busan. Dia juga baru-baru ini melakonkan watak komedi melalui sitkom "Salamander Guru" bersama bintang idola SHINee, Choi Min-ho.

  • Marsha nafi buang keluarga
    Ashraf Nasser - Tupai
    Marsha nafi buang keluarga 42 minutes ago
    Marsha nafi buang keluarga

    Penyanyi dan pelakon popular ini dikatakan buang keluarga selepas membuat keputusan untuk menggunakan nama Marsha Milan dalam dunia seni.

  • Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz
    Ashraf Nasser - Tupai
    Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz 1 hour 47 minutes ago
    Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz

    Aktres muda serahkan kepada keluarga untuk ambil tindakan undang-undang terhadap ibu Afiq Muiz yang enggan mohon maaf atas tuduhan dilemparkan.

  • Ain Nordin sedia miliki keluarga sendiri
    Fanaqi N. - Tupai
    Ain Nordin sedia miliki keluarga sendiri 2 hours 20 minutes ago
    Ain Nordin sedia miliki keluarga sendiri

    Pengarah filem "Oh Mak Kau" enggan beri kenyataan tentang dakwaan bahawa dia sudah bertunang dengan seorang pemain bola sepak.

  • Brian May: The Voice is an insult to music
    Brian May: The Voice is an insult to music

    Brian May thinks The Voice is an “insult to music” and hates to see contestants as well as celebrity judges lowered to standards of the brutal format.

  • Amber Rose: I weighed 202lbs at son’s birth
    Amber Rose: I weighed 202lbs at son’s birth

    Amber Rose weighed 202lbs when she gave birth to Wiz Khlaifa’s son in February but has already lost 30lbs.

  • Rita Ora wajah baru jenama pakaian Madonna
    Nur Safina Othman - Tupai
    Rita Ora wajah baru jenama pakaian Madonna 15 minutes ago
    Rita Ora wajah baru jenama pakaian Madonna

    Pelantun lagu "Shine Ya Light" telah menandatangani kontrak menjadi wajah baru jenama pakaian milik Ratu Pop Madonna, Material Girl.

  • Macaron atau Macaroon?
    Armani Shahrin - Tupai
    Macaron atau Macaroon? 21 hours ago
    Macaron atau Macaroon?

    Tiba masanya untuk mengetahui perbezaan di antara Macaron dan Macaroon.

  • Aiskrim untuk sarapan pagi?
    Armani Shahrin - Tupai
    Aiskrim untuk sarapan pagi? 21 hours ago
    Aiskrim untuk sarapan pagi?

    Nikmatilah sarapan pagi yang sihat tetapi enak dengan kreatif.

  • CHRIS TALBOTT - Associated Press
    Publicist: Founding member of The Doors dies at 74 3 hours ago

    Ray Manzarek, a founding member of the 1960s rock group The Doors whose versatile and often haunting keyboards complemented Jim Morrison's gloomy baritone and helped set the mood for some of rock's most enduring songs, has died. He was 74.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Shila Amzah nasihatkan Afiq Muiz supaya insaf

    Penyanyi Shila Amzah telah menasihati rakannya Afiq Muiz supaya tidak mengabaikan keluarganya.

  • Britney shows off toned bod & yoga skills
    Britney shows off toned bod & yoga skills

    Britney Spears – you are looking smoking. Big round of applause. The singer showed off her toned bod in a series of yoga poses wearing skin tight yoga pants and a crop top. The mother-of-two has been known to have a yo-yo battle with her weight but is looking great as she gears up for a new show in Las Vegas and the release of an upcoming album which she's worked on with will.i.am.

  • Aiskrim untuk sarapan pagi?
    Aiskrim untuk sarapan pagi?

    Nikmatilah sarapan pagi yang sihat tetapi enak dengan kreatif.

  • Keluar dengan solekan minimum
    Keluar dengan solekan minimum

    Mungkin ramai berpendapat seseorang selebriti itu perlu sentiasa berdandan dan kelihatan cantik, namun ada berfikiran sebaliknya.

  • Taylor Swift amazed at Twitter success
    Taylor Swift amazed at Twitter success

    Taylor Swift is surprised she has followers on Twitter as she only tweets about "cats, Law & Order and food".

  • Emma Watson has 'flawless' face
    Emma Watson has 'flawless' face

    Emma Watson’s makeup artist has revealed how she created the star’s flawless look for her latest movie, The Bling Ring.

  • Fan Bingbing to fight, not Jackie
    Fan Bingbing to fight, not Jackie

    Jackie Chan revealed that Fan Bingbing will take the lead on the action instead for their new movie "Skiptrace"