![]() |
28 Mei – Kenanga Wholesale City (KWC) merupakan pusat beli-belah fesyen borong yang terbaru di Malaysia. KWC yang terletak di lokasi yang strategik iaitu di Golden Triangle Bandar Kuala Lumpur merangkumi 800 kedai yang menawarkan pelbagai fesyen terkini di bawah satu bumbung.
KWC merupakan himpunan trend fesyen terkini termasuk pakaian untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, fesyen Islam, beg, aksesori, perhiasa, kasut dan barangan kulit boleh didapati di bawah satu bumbung.
Menurut Pengarah Urusan Kenangan Wholesale City Sdn Bhd, Bernard Bong, mereka mahu memperkenalkan konsep borong dan menjadikan KWC sebagai satu destinasi pusat beli-belah bertaraf dunia dengan segala fesyen di bawah satu bumbung.
"KWC mengubah perspektif fesyen borong dalam negara kami. Ini adalah antara langkah pertama yang kami ambil bersama demi memperkembangkan industri fesyen borong di Malaysia. Matlamat kami ialah untuk menjadikan Malaysia lebih kukuh serta kompetitor dalam industri fesyen borong Asia," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pembukaan KWC di Dewan Promonis KWC, Sabtu, KL.
Sementara itu, sempena majlis perasmian bintang sensasi K-Pop, Block B dan kumpulan rock popular tempatan, Hujan telah membuat persembahan bagi memeriahkan dan mengalu-alukan para peminat dan pengunjung yang hadir pada hari tersebut.



Best Travel Stories