2 Nov – Penyanyi yang popular dengan lagu hits terbarunya "Die Young", Kesha mengakui pernah menerima bungkusan yang menakutkan daripada peminatnya.
Bungkusan yang dikirim kepada Kesha merupakan sebilah pisau yang berlumuran darah yang mengancam untuk membunuhnya.
"Apa yang paling aneh saya pernah dapat? Saya pernah dapat pisau yang berlumuran darah," ujarnya kepada FemaleFirst.
Tambah Kesha lagi, dia juga pernah mendapat ugutan untuk menculiknya.
"Salah seorang peminat saya pernah mengatakan jika saya tidak menjadi miliknya, dia akan culik saya. Itu membuatkan saya sangat takut."
Terdahulu, penyanyi berusia 25 tahun ini juga pernah melakukan kerja gila di konsertnya di Australia apabila dia meminum air dari hati manusia.
"Ya, itu memang betul. Saya lakukan itu ketika konsert di Sydney, Australia. Saya rasa, saya terpengaruh selepas banyak bergaul dengan Alice Cooper," katanya.


