11 Okt – Kisah cinta antara aktres jelita Indonesia Syahrini dan teman lelakinya yang berasal dari Malaysia, Bubu akhir kandas di tengah jalan.
Seperti yang dilaporkan detikHot, pengurus kepada Syahrini yang juga merupakan adik kepada penyanyi itu, Aisyahrani berkata, Bubu dikatakan telah datang ke Jakarta bertemu dengan pelakon "Baik-Baik Sayang" itu yang kemudiannya telah bersetuju untuk menamatkan hubungan mereka.
"Ya, mereka sudah putus. Cuma bila mereka putus itu saya tak mahu beritahu lagi," kata Rani. Punca hubungan pasangan ini dikatakan oleh tidak mempunyai persefahaman lagi dan berkemungkinan kerana hubungan jarak jauh dimana Bubu tinggal di Kuala Lumpur manakala Syahrini pula di Indonesia.
Bubu juga dikatakan tidak kelihatan seperti dahulu iaitu selalu ke Jakarta untuk bertemu Syahrini.
Namun, Rani enggan mengulas punca putusnya hubungan kakaknya itu.
"Yang jelas, mereka sudah putus. Saya kasihan dengan dia," ujar Rani lagi.

