Kisah selebriti berjaya harungi kanser

Tahukah anda, di seluruh dunia ini, sebanyak 22.9% penghidap kanser di kalangan wanita merupakan kanser payudara? Tahukah anda pada tahun 2008, kanser payudara telah menyebabkan lebih 458,000 kematian?

Namun tahukah anda, ia juga bukan pengakhiran hidup anda dan para selebriti di bawah ini adalah buktinya.

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober ini, kami sampaikan kisah sembilan selebriti yang terselamat daripada penyakit yang mampu meragut nyawa mereka.

KYLIE MINOGUE

Penyanyi terkenal Kylie Minogue didiagnosis menghidap kanser payudara pada tahun 2005. Selepas itu Minogue membuat keputusan untuk berpindah ke Perancis untuk mendapatkan rawatan sambil ditemani kekasihnya ketika itu iaitu pelakon Olivier Martinez.

Selepas melakukan pembedahan mastektomi untuk membuang payudaranya, menjalani sesi kemoterapi dan radiasi, Minogue akhirnya berjaya melepasi dugaan terbesar dalam hidupnya.

Jelas Minogue, "Ketika mendapat tahu tentang penyakit yang dihidapi, adakalanya saya rasa sangat marah dan adakalanya saya bersyukur. Saya cuba jadi optimistik. Saya bertuah kerana dikelilingi mereka yang menyayangi saya."

MELISSA ETHERIDGE

Doktor menemui bengkak di payudara bintang rock ini pada tahun 2004 dan selepas itu, Melissa Etheridge cuba menghadapi semua kepayahan dengan tabah. Pada tahun 2005, dia menjalani pembedahan lumpektomi (pembuangan tumor dari payudara), lima siri kemoterapi dan radiasi untuk membuang kansernya.

Pada masa yang sama, Etheridge juga menerima khabar bahawa dia telah dicalonkan dalam Anugerah Grammy untuk lagunya, "Breathe". Dia membuat keputusan untuk hadir ke acara tersebut dan membuat persembahan penghormatan ke atas penyanyi Janis Joplin dengan berkepala botak dan tidak memiliki kening (kerana kesan sampingan kemoterapi).

Etheridge pernah menyatakan, "Seumur hidup saya, saya tidak pernah berhenti untuk menikmati hidup. Saya sentiasa sibuk. Apabila saya dapat tahu saya menghidap kanser, perjalanan hidup saya terhenti seketika. Ia perkara yang baik. Kanser ini menyebabkan saya berhenti dan mula menikmati kehidupan serta memikirkan kesihatan rohani dan jasmani saya."

CHRISTINA APPLEGATE

Pada tahun 2009, Christina Appelgate didiagnosis dengan kanser pada satu daripada payudaranya. Bintang "Samantha Who?" ini sememangnya rajin menjalani ujian mamogram sejak berusia 30 tahun memandangkan ibunya juga pernah menghidap kanser yang sama.

Selepas mendapati dia mengalami nasib yang sama seperti si ibu, Applegate memilih untuk menjalani mastektomi bilateral dan menolak rawatan kemoterapi dan radiasi kerana enggan menghabiskan masanya berjumpa doktor berkali-kali. Pada hari jadinya yang ke-37, dia menjalani pembedahan pembentukan semula payudaranya.

"Ia pilihan yang sukar. Adakalanya saya menangis dan menjerit. Adakalanya saya rasa marah kerana membenarkan diri saya lemah. Saya rasa itu semua sebahagian dari penyembuhan."

Kelahiran anaknya, Sadie pada tahun 2011 juga menjadi sumber kekuatan Applegate.

CYNTHIA NIXON

Bintang "Sex And The City" ini menghidap kanser pada tahun 2006, namun hanya pada tahun 2008, dia membuat keputusan untuk memberitahu umum tentang perjuangannya menentang penyakit berkenaan.

Jelas pelakon yang lebih dikenali melalui wataknya Miranda Hobbes dalam siri HBO kegemaran ramai itu, dia membuat keputusan untuk merahsiakan penyakitnya kerana tidak mahu paparazi memenuhi hospital.

Nixon mengambil keputusan untuk merawat kansernya dengan pembedahan lumpektomi dan radiasi dan tabah menghadapinya seperti mana ibunya yang juga merupakan bekas penghidap kanser payudara.

Nixon kini menjadi jurucakap bagi Pertubuhan Susan G. Komen For The Cure ini mengatakan bahawa kanser payudara bukan hanya ceritanya, tetapi sesuatu yang dikongsi bersama ibunya.

KATE JACKSON & JACLYN SMITH

Entah apa nasib para bintang "Charlie's Angel". Ketiga-tiga mereka menghidap kanser. Namun begitu, sekalipun Farrah Fawcett meninggal dunia akibat kanser (walaupun ia bukan kanser payudara), berbeza pula dengan dua Angels yang lain.

Pada tahun 1987, Kate Jackson, yang terkenal dengan wataknya sebagai Sabrina Duncan dalam siri televisyen popular tersebut didiagnosis dengan kanser payudara selepas menjalani ujian mamogram. Jackson membuat keputusan untuk menjalani pembedahan lumpektomi dan radiasi. Kanser tersebut kembali dua tahun berikutnya dan Jackson telah menjalani pembedahan mastektomi untuk membuang sebelah payudaranya.

Sementara itu, seorang lagi bintang "Charlie's Angels", Jaclyn Smith menjalani pembedahan lumpektomi dan radiasi selepas doktor menemui kanser tersebut pada tahun 2002.

SHERYL CROW

Sheryl Crow pernah berkata, "Setiap insan pernah mengalami saat yang sukar dimana mereka mengalami kehilangan atau diancam dengan penyakit yang membawa maut atau kesedihan yang sedemikian. Tapi mereka berjaya melepasinya. Itulah bukti kehebatan semangat seorang manusia. Kita insan yang lemah tapi kita juga hebat."

Tahun 2006 bukanlah tahun yang indah buat Sheryl Crow. Selepas memutuskan hubungannya dengan atlit berbasikal Lance Armstrong (juga penghidap kanser), beberapa minggu kemudian, dia disahkan menghidap kanser payudara.

Selepas menjalani rawatan, Crow memfokuskan dirinya untuk memberi kesedaran kepada umum tentang pengesanan awal penyakit tersebut. Pada tahun 2010, Crow juga mengasaskan Pusat Sheryl Crow sebagai sebahagian daripada Pusat Payudara Pink Lotus yang ditubuhkan doktor bedahnya.

Namun Jun tahun lalu, Crow disahkan menghidap meningioma - tumor otak tidak berbahaya yang merupakan kesan biasa bagi bekas pesakit kanser payudara.

GIULIANA RANCIC

Hampir satu Amerika (dan para peminat siri realiti, "Giuliana & Bill" di E!) menyaksikan perjuangan Giuliana Rancic, hos rangkaian hiburan E! yang disahkan menghidap kanser payudara ketika menjalani ujian mamogram rutin dalam percubaannya untuk memiliki anak melalui cara IVF.

Pada Disember 2011, Rancic berjaya menjalani mastektomi berganda untuk membuang kansernya dan tidak sampai setahun kemudian, dia menjadi ibu melalui kaedah ibu tumpang. Anak lelakinya Edward Duke dilahirkan pada 29 Ogos lalu.

Jelas Rancic, "Ketika saya diambil bekerja di E!, saya merupakan orang ke-39 yang menjalani ujibakat. Saya bukan yang paling cantik, paling bijak atau paling berbakat. Saya sentiasa tertanya-tanya kenapa saya yang dipilih. Sekarang saya pasti Tuhan tahu saya tak akan menjadi seorang insan yang mementingkan diri dan saya boleh melakukan sesuatu yang baik."

OLIVIA NEWTON-JOHN

Pada tahun 1992, Olivia Newton-John disahkan menghidap kanser payudara selepas biopsi jarum dan mamogram membuktikannya. Dia memilih rawatan kemoterapi dan mastektomi radikal demi menyelamatkan nyawanya. Newton-John juga menjalani pembedahan pembentukan semula payudaranya selepas menyudahkan kemoterapi.

Newton-John mengatakan bahawa selepas dia disahkan menghidap kanser, ada ramai orang yang cuba membabitkan diri dan sekalipun mereka berniat untuk membantu, dia menyedari bahawa dia sendiri harus membuat keputusan hidupnya.

"Saya menganggap perjalanan saya menentang kanser ini sebagai satu anugerah. Ia membuatkan saya sedar tentang apa yang penting dalam hidup dan untuk tidak menghabiskan masa memikirkan perkara remeh."

KATHY BATES

Suatu masa dahulu Kathy Bates pernah disahkan menghidap kanser ovari. Dia berjaya mengharungi kepayahan untuk merawat penyakit tersebut. September lalu, sekali lagi Bates diuji dengan kanser, dan kali ini kanser payudara pula. Namun bintang "Misery" ini tetap positif tentang hidup, malah berkongsi berita di Twitter dengan para peminatnya selepas selesai menjalani pembedahan mastektomi berganda.

Dalam Twitternya, Bates menulis, "Saya tak rindukan payudara saya sebanyak saya merindui "Harry's Law" (siri televisyen lakonan Bates). Terima kasih atas semua ucapan yang sangat baik. Kamu semua beri semangat kepada saya."

  • Rooney Mara muka baru Calvin Klein
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Rooney Mara muka baru Calvin Klein 8 hours ago
    Rooney Mara muka baru Calvin Klein

    Pelakon Rooney Mara sekali kerja lagi bersama David Fincher untuk iklan minyak wangi Calvin Klein terbaru.

  • Cherry blossom ice cream
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Cherry blossom ice cream Thu, May 23, 2013 5:33 PM MYT
    Cherry blossom ice cream

    It is almost the end of Japan's enviable cherry blossom season, which means there will be no more cherry blossom-related products available at your nearby Japan-themed stores like 100 Yen. But if you hurry you might be able to taste some of the unique cherry blossom treats in Malaysia. One of the yummiest treats with the theme is the cherry-blossom ice cream in Kuala Lumpur's Corus Hotel. Komura's Cherry Blossom ice cream.

  • Redeem fro-yo with an app!
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Redeem fro-yo with an app! Thu, May 23, 2013 11:21 AM MYT
    Redeem fro-yo with an app!

    Carrying around redemption cards for food like pastries or frozen yogurt definitely causes you more stress as it takes up space in your wallet and when you do want to use it you will spend minutes trying to find it at the counter.However, with Moo Cow taking advantage of an app service to keep track of your stamps for redemption, that is one less card to find. ...

  • Wikileaks documentary spotlights complexity of Julian Assange
    Wikileaks documentary spotlights complexity of Julian Assange

    By Zorianna Kit LOS ANGELES (Reuters) - Wikileaks founder Julian Assange may claim to be a champion of transparency, but when an Oscar-winning filmmaker wanted to shine a light on his rise to fame after publishing secret U.S. diplomatic cables on his website, Assange was none too pleased. Alex Gibney set out to uncover the story behind Assange, 41, and the website he founded in 2006 to leak classified information submitted by anonymous sources, but received little cooperation from the former

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Kebaikan epal hijau
    Kebaikan epal hijau

    Buah-buahan sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan, namun tahukah anda kebaikan epal hijau?

  • CANNES: Eva Longoria suffers no pants fashion flash at Cannes Film Fes …
    CANNES: Eva Longoria suffers no pants fashion flash at Cannes Film Fes …

    © Getty - HandbagEva Longoria hit the rainy red carpet at Cannes Film Festival last night, but caught herself in a flesh-flashing fashion mishap while climbing the stairs.Joining fellow L'Oreal face Cheryl Cole at the premiere of Jimmy P. (Psychotherapy Of A Plains Indian), Eva lifted her split-to-the-thigh dress while ascending the steps to the screening, but sadly hitched things a little too high.At the front.No underwear and a hoard of photographers? Yes, we imagine you can guess what

  • Aiskrim untuk sarapan pagi?
    Aiskrim untuk sarapan pagi?

    Nikmatilah sarapan pagi yang sihat tetapi enak dengan kreatif.

  • 'Akademi Fantasia' Musim ke-10 kembali bulan September

    Selepas setia menemui penonton selama sembilan musim, rancangan terbitan Astro Ria itu bakal menemui peminat dengan ‘wajah baru’ pada bulan September.Selepas setia menemui penonton selama sembilan musim, rancangan terbitan Astro Ria itu bakal menemui peminat dengan ‘wajah baru’ pada bulan September.

  • Sheren Tang suspended by TVB
    Sheren Tang suspended by TVB

    Actress has been suspended by company for her constant criticism regarding her working conditions

  • Germany 'most popular country' in the world: poll
    Germany 'most popular country' in the world: poll

    Germany is the most popular country in the world despite well-publicised protests against its insistence on austerity measures within the European Union, an annual poll for the BBC World Service revealed on Thursday.

  • Jackie: No to "Rush Hour 4"
    Jackie: No to "Rush Hour 4"

    Jackie Chan revealed that he has no plans for "Rush Hour 4"